بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Isnin, Januari 24, 2011

DAP Terdesak Membuktikan Melayu Bukan Penduduk Asal !!!!!!

Dalam blog Lim Kit Siang, dimuatkan tulisan seorang ahli sejarah picisan. Jika dulu kita ada Micheal Chick(en), kini kita ada John Doe. Baca dalam entry Malay History: What's missing from the textbooks. Seperti nama Chick(en), John Doe juga meragukan. John Doe untuk lelaki dan Jane Doe bagi perempuan adalah nama yang umum untuk orang yang tidak dikenali.

Bapa rasis Malaysia, Lim Kit Siang meletakkan artikel aneh dari seorang sejarahwan yang kabur mencerminkan nilai intelek beliau sendiri. Patutlah beliau tidak pernah setanding dengan mentornya, Lee Kuan Yew dari segi intelek dan hanya pandai meniup api perkauman.

Dari keseluruhan artikel berkenaan, John Doe menafikan peranan Parameswara sebagai pembina empayar Melaka. Kononnya, seorang sultan Brunei yang terlebih dahulu memeluk Islam dan berkahwin dengan anak raja Johor. Raja Johor itu pula berada dibawah jajahan Siam, seperti Temasik sebelum Parameswara membunuh gabenor Siam, Temagi. 

Menurut John Doe, Ketuanan Brunei ini tidak diceritakan dalam buku teks sejarah. Ada lagi fakta yang melucukan. Dalam artikel bodoh itu, John Doe berhujah terdapat kubur seorang China Muslim bernama Pu Kung Chih Mu seratus tahun sebelum sultan Brunei itu naik takhta. Sudah ada komuniti orang Cina pada tahun 1264 di Brunie dan Islam ini datang ke Brunei melalui China Muslim.

Banyak contoh yang diberinya sekian ramai masyarakat China Islam yang berhijrah ke Brunei seawal 977, ketika Melaka masih belum terbentuk. Semua hujah ini hanya menjurus kepada satu tujuan: Melayu yang sering berbangga dengan Kesultanan Melayu Melaka tidak boleh berhujah mereka penduduk asal kerana Cina sudah mula berhijrah ke rantau ini sebelum terbentuknya Melaka. Alangkah bodohnya John Doe ini.

Pertama, John Doe mengkaji sejarah 'Kepulauan Melayu' secara geografi tanpa mengkaji geo politik Nusantara. Kepulauan Melayu yang tidak termasuk Siam menggapai hingga ke Filipina. Sebelum Melaka wujud, beberapa empayar dan kerajaan Melayu sudah muncul di Segenting Kra seperti Empayar Funan dan Langkasuka. 

Perlu diingat, dalam politik orang Melayu purba, mereka mempunyai kerajaan berlandaskan raja, bukan geografi. Beberapa empayar jatuh dan bangun hasil dari keturunan yang sama. Ada dua etnik besar yang sering berebut pengaruh mengawal alam Melayu iaitu orang Melayu dan Jawa. Kerajaan Melayu seperti Funan, Langkasuka, Sri Wijaya dan Melaka terhasil dari dinasti yang sama.

Kerajaan Jawa agak kompleks kerana masalah dalaman dinasti mereka bertukar-tukar namun nama kerajaan mereka dari Singosori hingga ke Majapahit berasaskan kebudayaan Jawa yang juga dalam rumpun bangsa Melayu. 

Dan empayar Melayu/Jawa tidak dapat tidak adalah kisah perebutan mengawal Selat Melaka. Ini kerana Selat Melaka adalah jalan laut antara India dan China. Ini yang menyebabkan samada kekuasaan laut Srivijaya atau Majapahit sangat ingin mengekalkan pengaruh mereka di Selat Melaka.

John Doe adalah penulis yang pertama memberi kepentingan kerajaan Brunei dalam politik Melayu purba. Saya rasa beliau buta sejarah tetapi menulis sejarah.

Jika ada komuniti Cina yang bertapak di Brunei, atau Johor atau Temasik atau dimana-mana sahaja rantau Melayu ini, tidak mengesahkan mereka penduduk asal kerana menjadi lumrah politik Melayu ketika itu menganggap Kepulauan Melayu itu sebagai tapak geo politik mereka. Melayu yang mendirikan dinasti di Segenting Kra seperti Funan tetap menganggap Pahang, Johor, Kedah hingga ke Pasai, Aceh, Siak, Palembang dan Brunei dibawah jajahan mereka.

Begitu juga dengan kerajaan Srivijaya. Hanya selepas empayar Melayu Srivijaya lemah pengaruhnya di sekitar Selat Melaka, barulah Majapahit mengambil alih sebagai tunggak di Kepulauan Melayu. Ketika itu baru Siam di bawah Rama Kamheng ingin menguasai beberapa jajahan Srivijaya di Semenanjung seperti Pahang, Johor dan Kedah. 

Apabila Parameswara mencabar kekuasaan Majapahit, baginda telah di serang oleh Jawa dan melarikan diri ke Temasik, secara de jure baginda cuba menakluk semula bekas jajahan nenek moyangnya. Walaupun Temasik dikuasai oleh Siam, tetapi beberapa suku seperti Orang-orang Laut masih bersetia dengan Putera keturunan Srivijaya ini. 

John Doe tidak boleh mengambil sejarah tertubuhnya kerajaan Melayu Melaka sebagai hujah untuk mengesahkan 'kependatangan' Parameswara. Jika orang Melayu tidak boleh terima kaum lain sebagai penduduk asal, bagaimana orang Semenanjung boleh menerima Parameswara dengan mudah sekiranya baginda dianggap orang luar.

John Doe kena lebih memahami lagi sejarah Melayu yang complicated. Baca Alter Terahsia Bangsa Melayu dan Mistifile setidak-tidaknya. Jika beberapa kerat masyarakat China Islam hendak dijadikan hujah, baik Lim Kit Siang kaji semula sejarah bangsa China. 

China sebagai negara bukan satu bangsa. Cheng Ho sendiri orang Islam keturunan Turki.

Posted by sri tribuana

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...