بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Ahad, Januari 23, 2011

Sokongan padu rakyat Melayu Singapura - Tun Mahathir

Pelihara adab bidas kritik Dr Mahathir

SAYA amat gembira sekali apabila melihat masyarakat Melayu bergegas menyangkal kritikan Dr Mahathir.

Alangkah baiknya kalau masyarakat Melayu begitu cepat sekali bertindak ketika masalah-masalah seperti keluarga pincang, keruntuhan akhlak, keputusan pelajar kurang memuaskan berbanding kaum lain dan sebagainya timbul untuk menangani masalah- masalah tersebut.

Memang tidak dinafikan, Dr Mahathir sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang kontroversial dan tidak semestinya semua yang dinyatakan beliau adalah benar.

Namun, setiap manusia ada kelemahannya. Saya amat terkejut apabila melihat surat-surat yang mengutuk Dr Mahathir. Malah, ada yang menggunakan kata-kata agak keras sehingga mengecapnya “orang tua yang nyanyuk”.

Pada hemat saya, walaupun jika kita mempunyai pandangan yang berbeza dengan orang lain, tidak perlulah kita menggunakan bahasa sedemikian kerana sikap serupa itu memang bukan daripada budaya Melayu itu sendiri.

Dr Mahathir adalah satu-satunya pemimpin Melayu yang dikenali di seluruh dunia, bahkan beliau disanjung dalam Dunia Islam.

Walaupun beliau mempunyai kekurangan sendiri, beliau terlalu banyak berjasa kepada dunia Islam: sering sekali beliau memperjuangkan isu-isu yang tidak sama sekali diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin Islam di mana-mana sahaja, seperti isu Bosnia, Kosovo, Somalia, Sudan, Palestin dan lain-lain lagi.

Beliau dicalonkan oleh empat kumpulan badan bukan pemerintah (NGO) dari Bosnia, dua daripada empat kumpulan ini adalah kumpulan Kristian, untuk memenangi Hadiah Keamanan Nobel pada 2007.

Setahu saya, beliau pemimpin Melayu pertama dicalonkan bagi anugerah penghargaan tersebut.

Tambahan pula, saya rasa tidak adil bagi Encik Ishak (BH, 15 Januari) mengatakan tidak ada pembangunan bagi orang Melayu di bawah kepimpinan Dr Mahathir: tahukah anda bahawa kadar kemiskinan di Malaysia telah dikurangkan sebanyak 80 peratus sewaktu Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri?

Bahkan, kemajuan Malaysia diiktiraf seluruh dunia sehinggakan negara itu digelar sebagai ‘Harimau Asia’ oleh IMF kerana kemajuan ekonominya. Oleh itu saya amat musykil sekali mengapa Encik Ishak boleh menyatakan sedemikian.

Dr Mahathir telah menaikkan martabat bangsa Melayu di mata dunia. Janganlah kita dibutakan kebencian kita terhadapnya sehingga kita tidak mengiktiraf jasa-jasa beliau kepada dunia Melayu dan dunia Islam.

Juga, janganlah dengan kita mengambil sikap defensif terhadap kritikan orang luar, kita tidak melihat masalah-masalah dan kekurangan masyarakat kita sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...