28 JAN — Laman berita The Malaysian Insider telah menyiarkan laporan berita bertajuk ‘Muslim group with links to Anwar accused of terror connection, says CNN’.
Berita ini adalah berdasarkan laporan CNN oleh Nic Robertson iaitu ‘Saudi discover new funding channels for Taliban, al-Qaeda’ (laporan disertakan sebagai rujukan).
Laporan CNN tersebut jelas melaporkan bahawa pihak berkuasa Arab Saudi mula melakukan siasatan berikutan dakwaan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat tajaan dana daripada dua orang putera raja Saudi.
Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati dakwaan Datuk Sri Najib adalah tidak benar dan tidak berasas.
‘Laporan sulit yang didapati oleh CNN menyimpulkan: “Tidak wujud bukti mana-mana pegawai Saudi menyokong Anwar Ibrahim” dan “dakwaan sokongan daripada keluarga diraja Saudi yang dinamakan dalam laporan awal [nama diubah] didapati tidak berasas.”‘
Tidak terdapat mana-mana perenggan dalam laporan CNN yang menyebut Anwar mempunyai kaitan dengan organisasi pengganas. The Malaysian Insider juga tidak mengemukakan sebarang bukti tentang percanggahan di dalam laporan tersebut.
Ini jelas membuktikan bahawa laporan TMI mengelirukan. KEADILAN menuntut TMI agar membuat pembetulan yang sewajarnya serta memohon maaf di atas kesilapan tersebut.
* The writer is the communication director for Parti Keadilan Rakyat (PKR)
* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan