بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Khamis, Januari 27, 2011

Rombakan UMNO Terengganu

KUALA TERENGGANU 26 Jan. - UMNO Terengganu melakukan rombakan kecil dalam barisan ahli jawatankuasanya melibatkan perubahan jawatan ketua penerangan dan bendahari di samping kewujudan satu jawatan baru.

Dalam rombakan yang diumumkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Said selepas mesyuarat badan itu malam tadi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Ahmad Razif Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Penerangan menggantikan Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Bendahari pula dipegang oleh ADUN Rantau Abang, Datuk Za'abar Mohd. Adib yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Dungun menggantikan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said.

Jawatan baru iaitu Pengarah Strategi pula diwujudkan selaras dengan ketetapan UMNO Pusat dengan Ketua UMNO Bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan dilantik memikul tanggungjawab itu.


Ahmad menyifatkan rombakan itu ke arah mengukuhkan parti di Terengganu.

"Jawatan Setiausaha masih dipegang oleh Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang," katanya yang menerajui semula badan itu awal bulan ini daripada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang memegang jawatan itu sejak April 2009 berikutan krisis dalam parti.

Jawatan Timbalan Pengerusi yang sebelum ini dipegang oleh Ahmad diambil alih oleh Ketua UMNO Bahagian Marang, Yahya Khatib Mohamad.

Menurut Ahmad, hasil mesyuarat memberikan keyakinan bahawa UMNO Terengganu cukup mantap untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan penyusunan baru dan perpaduan yang ditunjukkan oleh seluruh ketua bahagian yang hadir.

Tengku Putera ketika diminta mengulas mengenai rombakan itu berkata, UMNO Terengganu kini berada dalam fasa penyatuan di semua peringkat.

"Segala kemelut yang digembar-gemburkan selama ini telah berakhir dan pengerusi sendiri memberi jaminan akan mengambil kira semua perkara," katanya.

Rosli pula mengucapkan terima kasih atas keyakinan pimpinan parti melantiknya sebagai Pengarah Strategi yang disifatkan sebagai berat dan mencabar.

"Jawatan ini diluluskan oleh Biro Politik UMNO untuk diwujudkan di setiap negeri sebagai pelengkap jentera parti. Ia menuntut gerak kerja yang melibatkan pelbagai aspek seperti isu, jentera pilihan raya, personaliti kepimpinan dan perancangan kegiatan yang membawa kebaikan kepada parti.

"Ia akan membantu UMNO negeri mengenal pasti perkara yang patut dan tidak patut dilakukan di semua peringkat," ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...