Walaupun mereka berdua telah bersara, pemikiran mereka terus ‘bekerja’ dan terserlah dalam kejayaan negara masing-masing.
Kedua mereka sering tidak sependapat dalam hampir semua perkara malah boleh dianggap musuh tetapi tiada siapa dapat menafikan bahawa kedegilan, ketegasan serta kelantangan merekalah yang menjadikan mereka pemimpin tersohor melangkaui pemikiran pemimpin-pemimpin barat hari ini yang rata-ratanya dikuasai golongan kapitalis.
Dr. Mahathir, walaupun mempunyai karakter yang kuat, tetapi sebagai pemimpin Islam beliau punya hati yang lembut, prihatin, penyayang dan penuh belas kasihan. Ini terbukti dengan keikhlasan beliau merawat pesakit yang kadangkalanya secara percuma ketika beliau menjadi doktor.
Beliau juga pantas dan lantang menentang kekejaman yang nyata di seluruh dunia seperti di Bosnia dan Palestine. Beliau sering mengambil pendekatan diplomasi dan berbaik-baik dalam menyelesaikan masalah negara.
Contohnya, apabila pendatang asing Indonesia menjadi masalah besar, beliau memperkenalkan slogan ‘Prosper Thy Neighbour’ iaitu membantu jiran agar sama-sama menjadi senang agar tidak lagi membawa masalah kepada kita.
Kuan Yew yang berbangsa Cina memang terkenal dengan sifat kiasu iaitu angkuh, tidak mahu mengalah jauh sekali mengaku salah dalam apa jua keadaan. Sentiasa ingin bersaing atau berlawan kerana prejudis malah kadangkala paranoid, kerana terlalu bimbang ‘dikalahkan’ oleh bangsa atau negara lain seperti Malaysia atau Indonesia.
Walaupun mendabik dada sebagai bangsa yang maju, namun sikap angkuh dan tidak mahu mengaku salah telah menjauhkan Kuan Yew dan bangsa Singapura dari nilai-nilai manusia yang bertamadun.
Apabila Kuan Yew menggesa umat Islam agar tidak terlalu Islam, kita sebenarnya tidak terkejut.
Tiada apa lagi perkara yang tidak sensitif yang keluar dari mulut Kuan Yew yang boleh mengejutkan dunia. Dia boleh memanggil seluruh pemimpin dunia sebagai bodoh, dungu, bahlol, baghal atau apa saja tanpa merasa bersalah. Begitulah nipisnya nilai-nilai kemanusiaan dalam diri pemimpin itu yang boleh juga dilihat dalam sebahagian besar diri rakyat Singapura.
Benarlah kata orang, rakyat selalunya terikut-ikut dengan gaya pemimpinnya.
Melayu Singapura yang lantang menyanggah keprihatinan Dr. Mahathir terhadap nasib mereka yang terpinggir pastinya berdiri teguh di belakang Kuan Yew yang ingin sekali melihat mereka kehilangan Kemelayuan serta KeIslaman mereka. Jika itu yang mereka suka, kita tidak bolehlah menghalang.
Kuan Yew menuduh bahawa Islam menghalang integrasi dan pembangunan atas alasan umat Islam terlalu berbeza dan tidak boleh bercampur terutamanya dalam soal perkahwinan.
Kuan Yew sebenarnya tidak faham pun akan konsep Ketuhanan sekali gus menjelaskan kenapakah beliau tidak langsung menjunjung adab dan nilai-nilai murni ketamadunan manusia. Kuan Yew terlalu angkuh untuk bercakap tentang kewujudan kuasa yang lebih tinggi dari dirinya. Itulah hakikatnya pemikiran pemimpin yang makin ditelan zaman itu.
Namun, artikel ini bukan bertujuan untuk mengupas pemikiran Kuan Yew. Cukup sekadar kita ambil maklum bahawa Menteri Mentor Singapura itu tidak tahu apa-apa pun mengenai Islam mahupun agama dan kepercayaan lain. Adalah lebih afdal jika dikupas apa yang diperkatakannya mengenai Islam dan umat Islam saja.
Benarkah Islam menghalang pembangunan?
Setiap manusia yang punya pengetahuan mengenai sejarah dunia pasti tahu bahawa Islam melahirkan saintis dan pencipta, ahli matematik, fizik, jurutera dan sebagainya melalui ajaran al-Quran yang menekankan kehebatan akal dan menyuruh manusia belajar melalui alam semesta, mengkaji dan menganalisa segala sesuatu.
Dari situ, Islam membawa manusia meninggalkan zaman jahiliah yang tidak berfikir, berperaturan, berperikemanusiaan dan jauh sekali beradab.
Ini membuktikan bahawa Islam itu agama yang maju sekali gus menyangkal dakwaan Kuan Yew.
Benarkah Islam menghalang integrasi?
Di zaman kegemilangan Islam, negara Islam menjadi tempat tuju bangsa-bangsa pelarian terutamanya Yahudi yang dihalau hampir 70 kali sepanjang sejarah bangsa mereka.
Negara Islam membenarkan penganut Kristian dan Yahudi tinggal bersama-sama. Tidak ada dalam sejarah di mana Islam menindas bangsa lain, sedangkan Kristian dan juga Yahudi masing-masing punya rekod berlaku kejam terhadap agama lain.
Jelas, Islam itu adalah agama yang bertoleransi dan sekali lagi menolak dakwaan beliau yang umat Islam menghalang integrasi.
Benarkah kita berbeza? Jika benar, perlukah kita berbeza?
Benar, umat Islam tidak boleh terikut-ikut dengan cara mereka yang bukan Islam dalam menjalani kehidupan, tetapi cara apa yang tidak boleh diikuti itu?
Kita tidak boleh turut sama minum arak dan makan makanan tidak halal dalam apa jua keadaan walaupun untuk meraikan pelanggan selepas waktu pejabat. Kita tidak boleh bergaul terlalu bebas antara lelaki perempuan tanpa batasan dari segi berpegang-pegangan atau bersentuhan.
Kita tidak boleh berpakaian menjolok mata dan keterlaluan. Waktu solat, kita perlu minta diri sekejap dan pergi bersolat dalam 5 minit, itu sahaja.
Selepas kerja dan setelah berada di rumah, lakukanlah ibadat-ibadat lain yang kita suka tanpa mengganggu sesiapa.
Selebihnya, hidup kita seharian sebagai umat Islam adalah sama saja dengan bangsa lain. Kita bebas berbual, bergurau dan bersahabat seperti biasa dengan bangsa lain.
Tidak ada masalah bagi kita untuk keluar makan pagi, tengahari, petang atau makan malam dengan rakan-rakan sekerja bangsa lain. Kita juga tidak punya masalah untuk saling kunjung mengunjung ke rumah masing-masing.
Secara umumnya, inilah cara hidup umat Islam di Singapura dan juga Malaysia. Sehingga kini, kedua-dua negara tidak mempunyai masalah pun dengan cara hidup ini. Jadi, apakah sebenarnya yang menggusarkan Kuan Yew?
Mungkinkah sebenarnya, umat Islam tidak meminggirkan diri tetapi yang menjadi masalah ialah bangsa Cina lebih suka bergaul sesama sendiri dan enggan menerima kaum lain dalam kumpulan mereka. Di Malaysia lebih buruk lagi kerana mereka akan meminggirkan rakan-rakan Melayu di pejabat dengan berbual dalam bahasa Cina sesama mereka.
Sifat perkauman ini terbukti dengan wujudnya China Town hampir di seluruh dunia di mana kaum Cina yang berhijrah akan menguasai sesuatu kawasan dan menjadikan kawasan itu milik mereka secara eksklusif.
Semua penduduk negara ini sedia maklum bahawa kaum Cina tidak akan sekali-kali menerima mahupun menghormati budaya setempat dan masyarakat sekeliling, sebaliknya akan terus berdegil bersikap seolah-olah dunia ini milik mereka.
Memahami sikap kiasu kaum Cina, maka kita faham bahawa apa yang Kuan Yew inginkan sebenarnya bukanlah integrasi kaum.
Dia cuma ingin melihat Melayu Singapura menerima budaya dan cara hidup kaumnya, iaitu menjadi lebih Cina. Itu saja.
Selagi kaum lain tidak menerima budaya dan cara hidup kaumnya, selagi itulah mereka akan dianggap berbeza dan membawa masalah. Jangan terkejut, jika kaum lain menjadi lebih Cina dari Cina sekalipun, mereka tetap tidak akan diberi peluang yang sama secara luas oleh kaum Cina.
Hakikatnya, majoriti kaum Cina memang bersifat kiasu dan perkauman dan merekalah yang sebenarnya menghalang integrasi kaum di Singapura, bukannya umat Islam.
Namun, Kuan Yew tidak akan mengakuinya kerana dialah simbol pemimpin chauvinis tegar yang tidak mungkin melihat kelemahan dirinya jauh sekali memperbaiki diri. Mungkin jika Kuan Yew berpegang kepada satu-satu kepercayaan agama, maka dia akan lebih berupaya untuk sekurang-kurangnya merendah dan menilai diri sendiri.
Justeru, Kuan Yew mungkin hebat sebagai pemimpin tetapi sebagai manusia, beliau sebenarnya tidak pernah mencapai apa-apa. Ironinya, apakah dia kisah?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan