بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Ahad, Januari 23, 2011

Dr M: Sultan tetap berkuasa cuma kerajaan pakatan rakyat sahaja yang nak tambah kuasa MB S'gor



Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menyuarakan kesangsiannya terhadap usaha kerajaan Selangor untuk mengembalikan kuasa Sultan dalam pelantikan tiga pegawai tertinggi negeri. Ini kerana, seperti pembangkang Selangor, beliau percaya Sultan sentiasa mempunyai kuasa untik melantik jawatan tertinggi dalam kerajaan.
"Perlembagaan menyebut bahawa perdana menteri, ketua menteri dan menteri besar sebagai penasihat Sultan. Mungkin Pakatan rakyat hendak MB yang buat keputusan yanpa perkenan Sultan.



"Sama ada Sultan tidak mengendahkan (nasihat), itu terpulang kepada Baginda, Baginda berhak memberi kuputusan" katanya ketika ditemui dalam pelancaran Viva Palestina pada Sabtu malam.



Ditanya sama ada undang-undang tubuh Selangor, terutamanya Perkasa 52(1) yang berkaitan pelantikan setiausaha kerajaan, penasihat undang-undang dan pegawai kewangan, akan mengembalikan kuasa Sultan seperti sebelum 1993, Dr Mahathir bertanya kembali:



"Bila undang-undang itu berubah?"



Minggu lalu, pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar dilaporkan mengekalkan pendiriannya bahawa Sultan sentiasa mempunyai siara dalam pelantikan tiga pegawai tertinggi itu, walaupun selepas tahun 1993.



Pindaan Undang-undang tubuh bakal memperkukuhkan kekuatan Pakatan rakyat untuk berkuasa di negeri Selangor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...