
2 Mufti bersuara. Mendesak Nik Aziz hentikan serta merta laungan perdebatan. Akan tetapi jika hendak diteruskan, beliau mesti meletak jawatan terlebih dahulu. Mufti Selangor dan Johor lantang menolak sebarang perdebatan sesama pemimpin Islam semata2 mahukan populariti murahan.
"Kita perlu ingat pesan Rasullullah saw bahawa apa jua masalah timbul tentang Islam perlu dilakukan secara rahsia dan tertutup". Itu antara pandangan Penasihat Agama Islam Johor, Datuh Noh Gedut mengenai isu debat yang dicanang Diktator PAS, Nik Aziz Nik Mat. Beliau juga mendesak Nik Aziz dan mana2 pemimpin politik yang ingin mengadakan perdebatan sebegini meletakkan jawatan serta merta.

Sebarang permasalahan yang berlaku mestilah mengamalkan sistem musyawarah dan diadakan secara tertutup dan rahsia. Budaya yang cuba dibawa Nik Aziz ini menampakkan ketamakan kuasa dan populariti murahan demi kepentingan diri sendiri.

Mufti Selangor berharap agar Nik Aziz menghentikan serta merta keegoan beliau yang mahukan perdebatan secara terbuka kerana ianya menunjukkan keperibadian beliau yang angkuh dan rakus untuk mengekalkan kuasa. Islam dijadikan alat dan Agama suci ini akan terus tercemar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan