بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Khamis, Februari 10, 2011

Anwar Ibrahim Di The New America Foundation, Washington


AIDCNews – 9/02/11 – Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan berucap bertajuk “The Future of Democracy in the Islamic World”, dalam forum New America Foundation, di 1899 L Street NW Suite 400, Washington, DC pada 10 Februari 2011, jam 5:00pm – 6:30pm.
Shibley Telhami
Nathan J. Brown
Turut bersama memberi respon berdasarkan tajuk tersebut adalah Shibley Telhami, Profesor di Anwar Sadat  for Peace and Development, Universiti Maryland & Senior Fellow, Saban Center at Brookings dan Nathan Brown, Profesor, Political Science & International Affairs di Universiti George Washington  & Senior Associate,Carnegie Endowment for International Peace.
Forum itu dipengerusikan oleh Steve ClemonsSenior Fellow, American Strategy Program New America Foundation. Klik di sini

Ini bukan kali pertama Shibley Telhami berforum bersama Anwar Ibrahim. Mereka pernah berkali-kali berforum di Amerika Syarikat sebelum ini.
Diskusi Sadat Chair 2005 : Dari kiri, Shibley Telham(Peneraju utama The Anwar Sadat Chair For Peace And Development), Anwar Ibrahim, William Cohen (bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat) dan Robin Wright(The Washington Post). Kenapa Anwar dipilih dalam diskusi Sadat Chair ?
Siapa Shibley Telhami ? Seorang berketurunan Arab yang lahir di Israel. Seorang tokoh pro-Israel yang menjadi pakar rujuk tentang Islam dan dilantik sebagai Profesor di Universiti Maryland, di Jabatan Anwar Sadat for Peace and Development.  Anwar Sadat merupakan bekas Presiden Mesir yang mati dibunuh kerana usahanya mengiktiraf negara Israel.
Selain itu, beliau aktif dalam polisi luar Amerika Syarikat, menjadi ahli CFR ( Council on Foreign Relations) yang terlibat aktif dalam ‘US delegation to the Trilateral US-Israeli-Palestinian Anti-Incitement Committee’, the Iraq Study Group, Pengerusi dan Penasihat Human Rights Watch/Middle East dan Ahli Lembaga Pengarah United States Institute of Peace. Klik di sini dan di sini
The New America Foundation, salah satu badan pemikir untuk polisi luar Amerika Syarikat [klik di sini] menjemput Anwar kerana bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu mempunyai rekod sebagai aktivis demokrasi, yang akan memberikan pendapatnya tentang peranan yang lebih tepat untuk dasar luar Amerika Syarikat dalam menangani demokrasi di dunia Muslim.
Anwar salah seorang tali barut Presiden Bush : NED Board dari kiri Anwar Ibrahim (Panelis), Tom Donahue (Naib Pengerusi NED), Judy Shelton (Ahli lembaga Pengarah NED) , Senator US, Bill Brock (bekas Pengerusi NED ), Lorne Craner (Presiden IRI /Yahudi), Zainab Bangura, (Panelis) , Robert Miller (Bendahari NED), Jean Bethke Elshtain (Setiausaha NED /Yahudi),Ellie Larson (Pengarah Eksekutif Solidarity Center) , John Earl Haynes (Perpustakaan Kongres Amerika, Bahagian Manuskrip), Carl Gershman (Presiden NED/Yahudi) , Howard Wolpe (ahli lembaga Pengarah NED / Yahudi) ,Tom Daschle Ahli Lembaga Pengarah NDI/Yahudi) , Gregory Meeks (ahli Lembaga Pengarah NED) , Ken Wollack (Presiden NDI/Yahudi) , John Sullivan (Pengarah Eksekutif CIPE) dan Donald Payne (bekas Ahli Lembaga Pengarah NED)

Anwar dinamakan aktivis demokrasi berdasarkan rekodnya sebagai tali barut Presiden Bush sekitar tahun 2005-2007. Ketika itu Anwar menetap di Amerika Syarikat, beliau merupakan salah seorang tokoh Islam pelaksana agenda Presiden Bush dalam melancarkan projek ‘freedom agenda’ (agenda kebebasan) atau demokrasi di dunia Islam.
Untuk melaksanakan agenda kebebasan itu, pihak Broader Middle East and North Africa (BMENA), Jabatan Negara Amerika Syarikat telah melantik Anwar sebagai Pengerusi dan Presiden Foundation For The Future,sebuah yayasan yang berfungsi memberi dana untuk usaha-usaha kebebasan dan demokrasi di Timur Tengah dan Afrika Utara.
Walaupun secara jelas surat pelantikan Anwar dibuat oleh  BMENA Jabatan Negara Amerika Syarikat [klikdi sini dan di sini] namun Anwar bermati-matian menulis di blognya bahawa yayasan itu tiada kaitan langsung dengan agenda Amerika Syarikat. Klik di sini
Isu ini menjadi polemik panjang dan mendapat perhatian di media Barat dan Malaysia, apabila munculnya skandal mentor Anwar, Paul Wolfowitz dan Shaha Ali Riza di Bank Dunia, sekali lagi nama Anwar Ibrahim disabitkan dan ketika inilah dibuktikan secara dokumen pembabitan Anwar dalam Foundation For The Future.Klik di sini,  sini dan sini
Sekali lagi nama Anwar dikaitkan dengan yayasan itu, kali ini laporan salahguna kuasa yang dilakukan oleh Anwar yang disiasat oleh The Government Accountability Project (GAP), sebuah organisasi mengkaji penyelewengan kuasa yang berpengkalan di Washington DC Klik di sinisini, dan sini

Selain menjadi tali barut melaksanakan agenda Presiden Bush, Anwar juga terlibat dalam pelbagai badan-badan pemikir Amerika Syarikat yang lain yang kesemua badan-badan ini berfungsi untuk menakluk dunia Islam atas nama Kebebasan dan Demokrasi. Antara badan itu adalah RAND Corporation, NED, Institut Brookings & Saban Center, Doha dan CSID. Klik sinisinisini, dan sini

Steve Clemons Dedah Rahsia Anwar
Steve Clemons yang menjadi moderator forum di New America Foundation kenal siapa Anwar. Ketika isu Foundation for The Future dibahaskan di kalangan pemikir-pemikir pembuat dasar AS, Steve Clemons turut membahaskan di lamannya, The Washington Note. Klik sini
Steve Clemons dedah Anwar sokong Negara Israel

Malah Steve Clemons juga pernah membongkar pembabitan Anwar dalam menyokong negara Israel ketika menjadi tali barut Presiden Bush. Penulis Barat dan pemikir dasar Amerika Syarikat itu mendedahkan Anwar Ibrahim adalah satu-satunya tokoh Muslim dari Malaysia yang menandatangani dan menyokongAnnapolis Summit‘, tajaan Presiden Bush yang mencadangkan resolusi ‘two state’ (dua negara sah) dalam penyelesaian isu konflik Israel/ Palestin. Klik di sinisinisinisinisini dan di sini
Sokongan Anwar berkenaan konsep ‘two state solution’ kekal sampai ke hari ini hingga ditegur oleh Dr Haron Din, Timbalan Mursyidul Am PAS. Klik di sini
Malah pada tahun 2003, Steve Clemons pernah membongkar kegiatan Anwar dalam merasuah badan-badan pelobi Amerika Syarikat.
“Apabila Presiden George H.W. Bush bersara, Douglas Paul mengasaskan kumpulan pemikirnya sendiri, yang dinamakan Asia Pacific Policy Center (APPC) atau Pusat Dasar Asia Pasifik.
“Asia Pacific Policy Center juga menganjurkan beberapa lawatan peringkat atasan ke Malaysia untuk beberapa ahli Kongres, khususnya Senat. Sesetengah mendakwa bahawa dana pemberian ini datang daripada Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang pada ketika itu adalah Anwar Ibrahim, yang dianggap sebagai pengganti kepada Perdana Menteri Mahathir”, kata Clemons dalam artikelnya “The Corruption of Think Tanks”, yang disiarkan di Japan Policy Reserch Institute (JPRI). Klik di sini
Masa Depan Demokrasi Di Dunia Islam
Tajuk ini terlalu kerap dibahaskan oleh Anwar di luar negara. Misalnya anjuran The Foreign Policy Association dan NED di New York pada 1 Disember 2005.
Ketika Anwar membentangkan tajuknya ‘Masa Depan Demokrasi di Dunia Islam’, para peserta yang merupakan panel pemikir bertanya dua perkara yang mempunyai hubung kait dengan demokrasi iaitu pandangannya tentang Murtad dan pandangannya tentang Israel. (lihat video di bawah)

Dalam kes menukar agama (murtad), Anwar berkata hukuman berkenaan murtad bukan sesuatu yang muktamad. Perkara itu masih diperdebatkan di kalangan cerdik pandai Islam. Misalnya kumpulan IIIT menerbitkan buku bahawa penukaran agama dibolehkan dalam Islam.


Pandangannya mengenai Israel juga jelas. Anwar ketika menjawab seorang rakannya dari Israel, Gershon Baskin, seorang aktivis Israel yang terlibat secara aktif di lapangan Pusat Kajian Informasi Israel-Palestine, menjelaskan alur pemikirannya sama dengan Gershon Baskin iaitu mengkritik tindakan ketenteraan Hamas dan bersetuju dengan kekejaman Israel.
“Apabila sesebuah organisasi memilih untuk menerima proses demokrasi atau mengambil bahagian di dalam proses demokrasi mereka [Hezbollah dan Hamas] harus membuang semua cara .. pilihan-pilihan lain dari segi keganasan dan aktiviti-aktiviti ketenteraan.
“Jadi saya..amat pasti jika Hamas dan Hezbollah pada ketika mereka menerima dan mahu melaksanakan proses demokrasi dan pilihanraya, maka, semua aktiviti ketenteraan mesti dihapuskan” kata Anwar.
Sebab itu Gershon Baskin yakin Anwar Ibrahim adalah tokoh muslim yang menyokong Israel. Malah Baskin berpendapat hanya Anwar Ibrahim sahaja yang paling layak berunding dengan Ariel Sharon (bekas Presiden Israel) untuk menyelesaikan krisis Palestin/Israel. Klik di sini, di sini dan di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...