بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Khamis, Februari 10, 2011

Cubaan Cetuskan Huru Hara : Anwar Rancang Bawa P. Uthayakumar Kembali Beraksi


AIDCNews -9/02/11 – Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi satu tugas khas kepada Naib Presiden PKR, N Surendran, salah satu daripadanya berbincang dan membawa balik peguam dan pengasas Hindraf,P. Uthayakumar kembali ke Malaysia.
“Keputusan kedua adalah mengadakan perbincangan dengan peguam dan pengasas HINDRAF, P. Uthayakumar dan jika perlu biayanya bersama dengan partinya, Human Right Party (HRP) untuk kembali dalam membantu meningkatkan sokongan komuniti India”, lapor The Malaysian Insider. Klik di sini
P. Uthayakumar dan parti HRP
Malaysian Insider melaporkan Anwar Ibrahim telah bertemu dengan para pemimpin India dalam PKR, pemimpin NGO India dan individu yang bersimpati dengan Pakatan Rakyat (PR) minggu lalu untuk membincangkan usaha menghidupkan semula masyarakat India dan menjadikan mereka penyokong PR sekali lagi.

Kira-kira 60 individu hadir dalam pertemuan tertutup selama dua jam di ibu pejabat PKR itu.
N Surendran
Dalam mesyuarat itu Anwar telah meminta kaum India menamatkan pertikaian sesama mereka dan bekerja dalam satu pasukan di bawah PKR serta mencari jalan untuk memecahkan kaum India supaya mereka tidak kembali menyokong Barisan Nasional (BN).
Dua keputusan telah diputuskan dalam mesyuarat tersebut. Pertama Anwar menugaskan Naib Presiden PKR, N Surendran membentuk satu jawatankuasa yang terdiri tiga orang untuk menangani permasalahan kaum India.
Kedua, mengadakan perbincangan semula dengan peguam dan pengasas HINDRAF, P. Uthayakumar untuk membantu meningkatkan sokongan komuniti India kepada PR.
Berkenaan isu Uthayakumar Anwar dilaporkan akan membincangkan perkara tersebut lebih lanjut dengan pemimpin Pakatan; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang dari DAP.
Penafian N Surendran dalam Malaysiakini hari ini [klik di sini] menguatkan lagi spekulasi kebenaran laporan Malaysia Insider itu. Apatah lagi Naib Presiden PKR itu dilihat berusaha melindungi kandungan perbincangan masyarakat India dengan Anwar dengan menafikan kesemuanya laporan Malaysia Insider itu.
Penafian N Surendran tidak mampu menutup spekulasi ini terus diperkatakan kerana Malaysia Insider menulis artikel itu berdasarkan wakil-wakil India yang hadir dalam mesyuarat tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...