بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Ahad, Februari 06, 2011

Teruskan provokasi ke atas Nik Aziz

KUALA LUMPUR 4 Feb. - Para pemimpin UMNO diminta melakukan provokasi berterusan ke atas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Nik Mat supaya Menteri Besar Kelantan itu terus mengeluarkan kenyataan mengelirukan justeru memaparkan 'wajah sebenar' beliau.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, ini kerana, kenyataan kontroversi dan mengelirukan Nik Abdul Aziz itu akan menyedarkan segelintir masyarakat Melayu, seterusnya membantu golongan berkenaan kembali bersatu.

"Walau apa pun, UMNO dapat untung kerana mengikut pandangan saya kenyataannya yang luar biasa membantu memberi kesedaran kepada orang Melayu yang tidak sokong UMNO pada pilihan raya umum lalu untuk kembali menyokong UMNO.

"Orang Melayu sudah mula sedar kenyataan-kenyataan Nik Aziz membantu kaum-kaum lain 'naik tocang' untuk memperlekehkan Islam, menghina Melayu dan sebagainya.

"Pada saya orang UMNO patut galakkan lagi agar Nik Aziz terus mengeluarkan kenyataan-kenyataan kontroversi kerana ia membantu majoriti orang Melayu bersatu," katanya sinis melalui satu khidmat pesanan ringkas (SMS) hari ini.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas mengulas pertikaian terbaru di antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Nik Abdul Aziz berhubung kenyataan kontroversi Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew dalam bukunya mengenai penganut Islam republik itu baru-baru ini.

Semalam, Nik Abdul Aziz dilihat terus menyatakan sokongan ke atas Kuan Yew mengenai penyebaran Islam di republik tersebut dengan mengatakan 'apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Kuan Yew.'

"Tidak pernah saya terdengar sepatah kata daripada pemimpin UMNO yang menghuraikan berkenaan tujuan hidup seorang manusia di muka bumi.

"Jika pun ada, hanya sebaris dua daripada menteri yang diamanahkan menjaga hal ehwal agama. Ada pun pemimpin utama UMNO, tujuan hidup ini seolah-olah tidak menjadi agenda penting sehingga tidak pernah sedikit pun terkeluar isu ini daripada bibir mereka," kata Nik Abdul Aziz.

Ibrahim menambah, kenyataan Nik Abdul Aziz yang terus membela Kuan Yew sehingga memburukkan saudara Islam sendiri hanya kerana perbezaan politik tidak boleh diterima akal

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...