بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Jumaat, Februari 11, 2011

‘Kroni’ adalah darah daging perjuangan Pakatan Rakyat.

Saya diminta oleh Presiden Perkasa untuk menjawab kritikan Guan Eng terhadap Perkasa kerana menentang cadangan memansuhkan 30% ekuiti Bumiputera dalam yang disiarkan di Malaysianinsider semalam.
Presiden Perkasa YB Dato’ Ibrahim Ali berkata beliau tiada masa melayan budak mentah seperti Guan Eng ini yang tidak tahu sejarah pembentukan Malaysia.

Adalah tidak masuk akal untuk Perkasa bersetuju kepada cadangan memansuhkan 30% ekuiti Bumiputera oleh mana-mana pihak. Kalau Perkasa setuju dengan cadangan gila sesetengah pihak itu, kira kiamat dah nak sampai lah.

Malah Perkasa mahu jika boleh ekuiti itu dinaikan mengikut jumlah penduduk Bumiputera dalam negara ini iaitu lebih dari 60%.

Dakwaan Guan Eng bahawa Perkasa senyap bila isu PKZ dan Maika menunjukan beliau tidak banyak membaca. Perkasa melalui Presiden kami Dato’ Ibrahim Ali telah banyak kali bersuara isu-isu tersebut yang sering disiarkan di akhbar-akhbar utama.

Perkasa sentiasa bersuara tegas jika ada apa-apa yang tak betul yang membabitkan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera serta Negara. Tak kira yang dilakukan oleh pihak kerajaan mahupun pembangkang. Guan Eng lebih baik banyakan simpan keratan akhbar. Datanglah ke pejabat Perkasa atau pejabat Dato’ Ibrahim Ali belajar kumpul keratan akhbar untuk rujukan.
Kita buat kenyataan atau bersuara bukan untuk pertahan BN yang dianggap kroni kepada Perkasa oleh Guan Eng. Perkasa bukan kroni kepada sesiapa. Perkasa menyokong mana-mana pihak yang dilihat sesuai dengan perjuangan Perkasa.
Amat lucu bila membaca kenyataan Guan Eng bila dia bangkitkan isu kroni. Guan Eng itu sendiri anak siapa? Bapa, anak , isteri dan menantu memegang jawatan penting parti dalam Pakatan Rakyat sudah menjadi lumrah. Sudah menjadi darah daging perjuangan mereka. Perkataan ‘kroni’ hak eksklusif bagi Pakatan. Pihak lain tidak berhak menggunakan perkataan ‘kroni’. Tidak sedar diri. Mengata orang tapi mereka yang lebih.
Syed Hassan Syed Ali
Setiausaha Agung Perkasa
014-921 8508

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...