بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Isnin, Februari 07, 2011

Khairy patut mencontohi komitmen blogger penyokong kerajaan

Sejak akhir-akhir ini ada protes kecil dari Khairy samada secara terbuka mahupun secara dalam twitter. Seperti yang diluahkan oleh seorang Blogger terpanas Parpukari perlu diberi perhatian. Ini kerana Khairy sebagai Ketua Pemuda Umno dan BN beliau tidak seharusnya mengeluarkan kata-kata atau tulisan yang boleh mengugatkan silaturrahim antara anggota parti. Apa yang diluahkan oleh parpukari patut menjadi kayu pengukur bahawa Umno kini sudah kehilangan taring seorang pemimpin Pemuda.


Khairy tidak sepatutnya kesal kerana tidak dilantik menjadi menteri kabinet. Perdana Menteri mungkin ada asasnya tersendiri dalam meneliti kebolehan Khairy. Walaubagaimanapun Khairy masih mempunyai kehidupan yang agak selesa dengan menjadi menantu kepada seorang mantan Perdana Menteri pulak tidak sepatutnya jawatan menteri itu menjadi subjek yang penting baginya.



Khairy perlu mencontohi beberapa blogger-blogger penyokong kerajaan yang sanggup turun bersama pemimpin umno kemana sahaja samada semasa PRK atau apa-apa acara penting tanpa meminta apa-apa bayaran. Blogger-blogger ini sanggup meninggalkan anak dan isteri selama beberapa hari semata-mata untuk membantu Umno dan BN memenangi pilihanraya. Mereka juga ada yang sanggup bersama-sama mengharungi banjir di Dun Tenang umpamanya tanpa meminta apa-apa jawatan pun. Ada yang sanggup tidur  tanpa tempat yang selesa berbanding Khairy. Tetapi saya tidak fikir pemimpin Umno zalim kerana diakhir misi pemimpin-pemimpin ini sudi menyumbangkan sedikit sumbangan kepada mereka diatas kesusahan dan komitmen mereka bersama dengan parti Umno. Apabila diselidik mereka ini bukan ada jawatan pun dalam parti malah ada yang tidak menjadi ahli umno pun tetapi komitmen mereka  cukup saya banggakan seolah-olah mereka mempunyai jawatan yang penting dalam parti...WOW.!!!!



Beberapa kajian telah dibuat antara faktor kemenangan Umno dan BN adalah datangnya dari blogger yang cepat mencari dan menyampaikan berita terkini dengan isu yang panas membuatkan pembangkang tidak duduk senang dengan kebolehan blogger penyokong kerajaan sehingga sanggup mendoakan supaya mereka ini perut terburai. Apa jenis parti yang sanggup melalukan kerja terkutuk sebegini.



Jika Khairy fikir dia sudah berjasa kepada parti, saya fikir blogger-blogger ini lebih berjasa darinya. Jika Khairy rasa dia sudah cukup layak menjadi menteri, cuba bandingkan komitmennya dengan  blogger penyokong kerajaan. Khairy sepatutnya berasa malu jika jawatan menteri itu yang ditagih.



Apa pun terpulanglah kepada Khairy kerana anda masih menjadi Ketua Pemuda dan masih muda, masa masih ada untuk memperbetulkan mana yang silap dan dimana yang salah. Saya fikir jika Khairy berusaha bersungguh-sungguh, saya yakin dan percaya Perdana Menteri pun ada asas untuk melantik Khairy menjadi menteri. Buat masa ini lah nampaknya golap jer lah.


SUNGAI RAPAT ONLINE 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...