بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Ahad, Februari 06, 2011

Pantau – Anwar Kembali Ke New York


AIDCNews – 5/02/11 – Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan kembali ke New York pada 8 Februari ini untuk urusan rasmi memberi ceramah “Mesir dan Tunisia : Kesannya kepada Asia”, anjuran Asia Society di 725, Park Avenue, New York City.
Hanya Anwar seorang dijemput ke New York untuk memberi penerangan berkenaan tajuk itu, mewakili pihak Asia dan sekaligus mengesahkan Anwar merupakan ahli Asia Society yang khusus untuk menjaga negara-negara Islam di rantau Asia.

Asia Society memperkenalkan Anwar sebagai “Pejuang Untuk Perubahan Demokrasi Dalam Masyarakat Islam“. Pergolakan di Iran melalui Projek Green Movement, di Tunisia (Jasmine Revolution) di Mesir (Revolution Movement) semua itu dilabel oleh Barat sebagai perubahan ke arah demokrasi. Maka dalam soal ini, Anwar ditanya apa pula perubahan di Asia, khususnya di Malaysia ?. Klik di sini

Apa itu Asia Society ?
Ibu Pejabat Asia Society di New York City
Asia Society ditubuhkan pada tahun 1956 oleh korporat Yahudi, John D. Rockefeller. Awalnya ditubuhkan di Amerika Syarikat untuk mempromosikan pengetahuan tentang Asia. Tetapi hari ini, telah berkembang ke seluruh Amerika Syarikat dan Asia. Klik di sini
Ibu Pejabat CFR di 58 East 68th Street and Park Avenue, New York City
Selain Asia Society, keluarga Yahudi, Rockefeller juga turut menubuhkanCouncil on Foreign Relations (CFR) yang juga beribu pejabat di New York sebagai badan yang mempengaruhi polisi luar Amerika Syarikat. Anwar Ibrahim juga merupakan diplomat jemputan CFR, New York.
Kenapa Anwar dipilih ? Untuk lebih faham, sila baca di sini dan di sini
Semakin jelas, New York merupakan Center of Jewish. Semasa Anwar melaksanakan ‘Anwar’s Apology Tour‘ atau lebih tepat ‘Program Memohon Ampun Kepada Yahudi’, Jun tahun lalu, misi lawatan berpusat di New York. Bermula dengan permohonan maaf kepada Malcolm Hoenlein yang mewakili organisasi Yahudi terbesar di Amerika iaitu ‘Conference of Presidents of Major American Jewish Organizations’, menemui kumpulan-kumpulan media Yahudi, Bloomberg, Wall Street Jounal (WSJ), CNN dan diakhiri ucapan permohonan maaf secara terbuka di Woodrow Wilson Center. Klik sinisinidi sini sinisini dan di sini
Apakah Asia Society merupakan proksi CFR di Asia ?
Pejabat-pejabat Asia Society turut dibuka di Houston, Los Angeles, New York, San Francisco, Washington, DC, Hong Kong, Manila, Melbourne, Mumbai, Seoul, dan Shanghai.
Program Asia Society telah diperluas khusus untuk menangani masalah-masalah Amerika di Asia, kesan globalisasi, dan kekhuatiran yang menekan di Asia berkenaan isu hak asasi manusia, status perempuan, dan masalah kesihatan persekitaran HIV / AIDS. Klik di sini
Asia Society adalah organisasi global yang berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan meningkatkan dialog, mendorong ekspresi kreatif, menghasilkan idea-idea baru dalam bidang seni & budaya, dan dasar perniagaan & pendidikan. Klik di sini
Apa Misi Penting Anwar Ke New York ?
Tidak dapat dipastikan bilakah tarikh sebenar Anwar bertolak dan kembali dari New York, tetapi yang pasti pada 8 Februari, Anwar sepatutnya berada di ibu pejabat Asia Society, New York untuk melaporkan implikasi Teori Domino Mesir dan Tunisia ke atas Asia.

Seperti program Anwar’s Apology Tour sebelum ini, Anwar akan menghabiskan masa lebih kurang seminggu di Amerika Syarikat untuk mengikuti program rasmi dan tidak rasmi. Bagi Anwar, program tidak rasmi lebih penting, kerana beliau mampu melobi tokoh-tokoh strategik Amerika Syarikat untuk berpihak kepadanya.
Apatah lagi pilihanraya umum ke-13 bakal muncul, lawatan, dan proses melobi sokongan tokoh-tokoh Yahudi amat penting kepadanya.
Jika Teori Domino sudah berlaku di Tunisia dan Mesir, maka sudah pasti Anwar akan melaporkan perkara yang sama juga berlaku di Malaysia dengan syarat sokongan dan bantuan kewangan diberikan kepadanya. Klik di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...