بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Selasa, Februari 08, 2011

Tiba masa ubah undang-undang antarabangsa antilanun – Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR 7 Feb. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, sudah tiba masanya undang-undang antarabangsa yang melarang kapal dagang membawa anak kapal bersenjata dipinda bagi membolehkan mereka menangani ancaman dan serangan lanun dengan segera.
Beliau berkata, langkah itu lebih efektif berbanding menghantar komando tentera laut bagi membantu kapal dagang dan anak kapal ketika ia sudah dirampas oleh lanun seperti yang kerap berlaku di Teluk Aden.
“Lanun ini akan menawan anak kapal dan mengancam akan membunuh mereka jika komando tentera laut yang datang membantu tidak segera beredar dari atas kapal.

“Jika anak kapal ada latihan persenjataan, maka komando tentera laut hanya perlu menghalang lanun daripada menaiki kapal dagang tersebut sekali gus dapat mengelak mereka daripada menawan anak kapal,” katanya dalam blog http://chedet.com hari ini.
Beliau mengulas perkara itu berikutan kejayaan Pasukan Khas Laut (Paskal) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berjaya menyelamatkan kapal MT Bunga Laurel dari Malaysia yang dirampas lanun Somalia di perairan Teluk Aden baru-baru ini.
Dalam kejadian itu, sebuah kapal dagang milik Korea Selatan turut menjadi sasaran serangan lanun Somalia namun berjaya diselamatkan oleh tentera laut dari negara tersebut.
Sambil mengucapkan tahniah atas kejayaan TLDM itu, Dr. Mahathir bagaimanapun mempersoalkan sama ada penguat kuasa antilanun pelbagai negara hanya bertanggungjawab menjaga keselamatan kapal dagang dari negara mereka sahaja.
“Adakah komando tentera laut dari Malaysia atau Korea Selatan hanya akan melihat sahaja kapal dagang dari negara lain dirampas oleh lanun?” katanya.
Menurutnya, mungkin kapal yang melalui perairan berbahaya seperti Teluk Aden boleh membawa komando tentera laut bersama dan kemudian meninggalkan kapal tersebut apabila ia sudah berada di dalam keadaan selamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...