بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Jumaat, Februari 11, 2011

Kerajaan Khalid Gagap Songlap Duit Rakyat

v
 Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tetap dengan keputusan untuk membiayai kos perundangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei yang dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan menghasut.
Tanpa mempedulikan kritikan pelbagai pihak kerana menggunakan dana kerajaan negeri bagi tujuan itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pembiayaan itu akan diteruskan atas 'prinsip kebebasan bersuara' selain alasan bahawa Shuhaimi merupakan wakil rakyat di negeri itu.
Katanya, langkah membiayai kos perundangan Shuhaimi dilakukan kerana kerajaan negeri percaya wakil rakyat PKR itu menjalankan tugasnya untuk rakyat Selangor.

"Mesyuarat Exco memutuskan untuk memberikan kemudahan guaman (kepada Shuhaimi). Sebagai seorang wakil rakyat beliau perlu bersuara.

"Bagaimanapun, ada hadnya kerana kita tidak bayar wang jaminan kepada Shuhaimi, kita beri kemudahan guaman (tanggung kos perundangan) sahaja," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus baru-baru ini, mengkritik kerajaan negeri kerana menyalahgunakan wang rakyat dengan membiayai kos perundangan Shuhaimi.

Beliau menyifatkan langkah kerajaan negeri itu sebagai tidak bertanggungjawab kerana tuduhan ke atas Shuhaimi adalah tindakan peribadi yang tidak ada kaitan dengan kepentingan atau mewakili negeri dan rakyat Selangor.

Pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga membantah tindakan kerajaan negeri itu selain menyifatkan bahawa ia satu penyalahgunaan wang rakyat untuk kepentingan politik.

Mereka turut mendesak PKR menggunakan wang parti itu untuk menanggung kos perundangan Shuhaimi dan bukannya menggunakan wang kerajaan negeri hasil titik peluh rakyat yang diberikan untuk kemakmuran dan kemajuan Selangor.

Pada 7 Februari lalu, Shuhaimi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menerbitkan artikel menghasut berhubung pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor dalam laman blognya, http://srimuda.blogspot.com pada 30 Disember tahun lalu.

Shuhaimi mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Latifah Mohd. Tahar.

Shuhaimi diwakili enam orang peguam iaitu Amer Hamzah Arshad, Mohamad Yusmadi Mohd. Yusof, N. Surendran, Latheefa Koya, Fahrir Azzar dan Nizam Bashir.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, keputusan kerajaan PKR Selangor membiayai kos perundangan Shuhaimi yang berhadapan dengan tuduhan menghasut jelas membuktikan mereka bersubahat sekali gus merestui perbuatan ADUN Sri Muda itu dan bukannya satu tuduhan sebaliknya merupakan fakta yang tidak perlu dipertikaikan.

Beliau berkata, sekiranya Kerajaan PKR Selangor tidak mahu dilihat bersekongkol, sudah pasti mereka membiarkan sahaja Shuhaimi menanggung kos perundangan sendiri sepanjang kesnya dibicarakan di mahkamah.

"Jika ini keputusan Kerajaan PKR Selangor, kes yang melibatkan Shuhaimi bukan berbentuk peribadi sebaliknya ia turut membabitkan kerajaan negeri.

"Saya bercakap atas fakta. Sekiranya tiada kepentingan kerajaan negeri tidak mungkin membiayai segala kos perundangan Shuhaimi. Ini tidak, mereka bersungguh mahu membela Shuhaimi," katanya.

Noh meminta semua rakyat Selangor supaya menilai dengan bijak tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri itu.

"Kerajaan PKR Selangor sebenarnya menunjukkan pendiriannya di dalam isu ini walaupun secara tidak rasmi. Mereka jelas menyokong tindakan Shuhaimi yang kini berhadapan dengan dakwaan menghasut," katanya.

Dalam pada itu, Noh sempat menceritakan pengalamannya apabila beliau disaman oleh seorang guru pada 1999.

"Pada masa itu saya memegang jawatan Setiausaha Parlimen. Dalam kes itu Kerajaan Pusat tidak pula membiayai kos perbicaraan saya. Ini kerana kes itu bersifat peribadi dan situasinya serupa dengan Shuhaimi.

"Segala kos perundangan pada masa itu ditanggung sepenuhnya oleh saya," katanya

Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Yap Pian Hon pula menyifatkan langkah Kerajaan Negeri Selangor membiayai kos perundangan bagi Shuhaimi disifatkan penyelewengan dan penyalahgunaan wang rakyat.

Pian Hon berkata, ini kerana membiayai kos perundangan Shuhaimi yang kini menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana dakwaan menghasut, bukanlah satu urusan rasmi kerajaan negeri.

"Sewajarnya, dana kerajaan negeri atau mana-mana dana awam tidak dibazirkan bagi tujuan seperti itu," katanya.

Pian Hon berkata, tindakan kerajaan pakatan pembangkang itu adalah tidak wajar dan tidak tepat untuk dilakukan dalam pengurusan sumber kewangan kerajaan negeri.

Katanya, Shuhaimi sepatutnya menanggung sendiri kos perundangan tersebut tanpa melibatkan dana awam memandangkan perbuatannya itu dilakukan secara peribadi.

"Sekiranya ahli politik PKR itu tidak mampu mendapatkan khidmat peguam, beliau boleh memohon kepada Biro Bantuan Guaman.

"Dana wang kerajaan negeri tidak seharusnya digunakan bagi membiayai kos perundangan ahli politik yang membuat kenyataan peribadi seperti itu," jelas beliau.

Menurut Pian Hon, sehubungan itu, kerajaan negeri perlu menarik balik keputusan membantu ADUN Sri Muda tersebut dan pada masa sama, memohon maaf kepada rakyat Selangor atas kesilapan berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...