بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Jumaat, Januari 21, 2011

Badrul Hisham failkan injunksi

SHAH ALAM 20 Jan. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah akan mendapatkan injunksi mahkamah bagi mempertahankan kerusi itu yang diisytiharkan kosong oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim.

Bagaimanapun katanya, beliau hanya akan memfailkan injunksi tersebut setelah menerima notis pengosongan kerusi itu secara rasmi daripada Chang Kim.

"Saya dan para pegawai akan memfailkan perkara itu ke mahkamah secepat mungkin tetapi kami perlu menentukan aspek perundangan berkaitan terlebih dahulu," katanya.


Beliau yang merupakan ADUN Bebas berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Barisan Nasional (BN) peringkat Selangor di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar; Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman dan kesemua ADUN BN.

Semalam, Chang Khim dalam satu sidang akhbar memberitahu, keputusan pengosongan kerusi DUN tersebut dibuat mengikut Perkara 69 serta 70 perlembagaan negeri dan tiada peruntukan bagi merayu.

Chang Kim mendakwa, keputusan yang berkuat kuasa 16 Januari lalu itu dibuat kerana Badrul Hisham didapati gagal menghadiri sidang Dewan dalam tempoh enam bulan tanpa alasan munasabah.

Bagaimanapun, Badrul Hisham dalam kenyataannya semalam menafikan beliau gagal menghadiri sidang DUN seperti didakwa Chang Kim sambil menyifatkan dirinya dianiaya akibat 'politik balas dendam' kerajaan negeri ke atasnya.

Badrul Hisham yang memenangi DUN Pelabuhan Klang atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu dengan majoriti 4,407 undi bagaimanapun bertindak keluar parti dan menjadi wakil rakyat yang mesra BN pada 2009.
Beliau kemudiannya memilih untuk menyertai UMNO pada Mei tahun lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...