بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Selasa, Januari 18, 2011

Isu Bantah Laungan Azan Selesai- Ng Kian Nam Minta Maaf

Peguam yang didakwa membantah kelantangan laungan azan di Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi, Ng Kian Nam tampil memberi penjelasan dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini berhubung kontroversi itu.
Beliau yang mengadakan pertemuan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak pengurusan masjid berkenaan di sini semalam, mengakui kesilapannya itu adalah disebabkan kerana kurang kefahaman mengenai laungan azan.
Katanya, surat yang dihantar kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebenarnya bukan untuk membantah kelantangan laungan azan sebaliknya mahu kuliah subuh di masjid itu diperlahankan.
“Saya memohon maaf dengan hati tulus dan ikhlas. Melalui sesi dialog dengan persatuan tempatan di kawasan ini membuatkan saya cukup gembira kerana memberi pengajaran dan pengetahuan mengenai Islam dengan lebih jelas.
“Saya berharap kita semua dapat hidup dalam suasana aman, bukan saja di Pantai Dalam tetapi mana-mana bahagian di seluruh Malaysia,” katanya ketika ditemui di sini.
Hadir sama pada pertemuan itu, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin dan Pengerusi Masjid Al-Ikhlasiah, Ikram Mohd Yusof.
Ng berkata, buat masa ini beliau terpaksa menetap di kawasan lain terlebih dulu selepas isu berkenaan tercetus kerana bimbang terhadap aspek keselamatan dirinya Bagaimanapun, selepas isu itu diselesaikan dan penduduk di kawasan berkenaan boleh menerima permohonan maaf darinya, beliau akan kembali menetap di Lembah Pantai.
Ditanya mengenai keahliannya dalam parti MCA, beliau mengakuinya dan mendakwa surat yang dihantar kepada JPM adalah berdasarkan kepada kapasiti dirinya sendiri, bukannya mewakili parti itu.
Bagi Raja Nong Chik, apa yang berlaku itu perlu dijadikan iktibar selain menasihati orang ramai di negara ini supaya tidak mensensasikan isu berkenaan kerana ia boleh menggugat keharmonian negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...