بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Sabtu, Januari 22, 2011

Perkasa sokong Tun Mahathir


Datuk Ibrahim Ali hari ini mendakwa masyarakat Melayu Singapura sebenarnya memang takut untuk bersuara terhadap kerajaan Singapura yang dikuasai oleh kaum Cina mengenai isu mereka disisihkan walaupun adanya beberapa laporan orang Melayu di Singapura yang menolak dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Melayu di Singapura hidup dalam tekanan pemerintah sebagai minoriti.
Ibrahim membuat kenyataan ini sebagai menyangkal komen para pembaca akhbar Berita Harian beberapa hari lepas dari republik itu yang menyatakan rasa tidak gembira dengan dakwaan Mahathir tersebut.

Tun Mahathir yang berkata demikian sebelum ini di dalam blog beliau apabila cuba mengaitkan isu cubaan menghalau penduduk Melayu di Kampung Baru secara ‘terhormat’ boleh disabitkan sama dengan usaha kerajaan PAP di Singapura cuba memecahbelahkan penempatan mereka dan memberi tekanan hak bersuara.
Semalam di dalam berita Bernama melaporkan pembaca-pembaca berkenaan menunjukkan rasa gembira mereka hidup di negara itu dan bersama-sama terlibat di dalam pembangunan negara tanpa memerlukan subsidi daripada kerajaan dan layanan sama rata sepertimana diterima oleh kaum Cina sebagai majoriti penduduk republik berkenaan.
Salah seorang pembaca berkenaan yang dikenali dengan nama Kamariah Lim Li Hwa mendakwa penduduk Melayu Singapura amat terhutang budi kepada kerajaan Singapura yang berkhidmat dengan ketelusan sejajar dengan kepercayaan kepada kerajaan oleh mereka.
Salim Ahmad pula menegaskan kedudukan agama Islam di republik itu tetap dipelihara tanpa gangguan walaupun agama itu bukan agama rasmi Singapura.
Sungguhpun demikian, Ibrahim yang juga ahli Parlimen Pasir Mas mendakwa kenyataan-kenyataan semalam itu tidak mewakili pandangan majoriti penduduk Melayu di negeri itu dan menganggapnya sebagai kenyataan yang dirancang.
PERKASA mohon supaya orang Melayu Singapura jangan berpura-pura dan memanipulasikan isu ini kerana orang Melayu di Malaysia yang dekat dengan mereka tahu apa yang berlaku sebenarnya.
Pada bulan Jun tahun lepas, Mahathir ada memberi amaran di dalam satu majlis NGO Melayu bahawa orang Melayu di Malaysia juga boleh menjadi seperti rakan mereka di Singapura disebabkan oleh dasar pembahagian politik kerajaan Singapura yang akhirnya menyebabkan orang Melayu kehilangan kuasa.
Sebelum ini juga,bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew juga banyak kali mengkritik kerajaan Malaysia. Malah Kuan Yew mendakwa sekiranya Malaysia dan Singapura tidak berpisah, kaum Cina di Singapura akan menjadi seperti kaum Cina pada hari ini di Malaysia.
Kuan Yew mendakwa dasar polar kerajaan yang memisahkan kaum akan melemahkan negara ini dan berkata demikian semasa dalam satu temuramahnya dengan akhbar New York Times.
Beberapa penganalisa politik tempatan pula mendakwa isu-isu mengaitkan Melayu di Singapura hari ini oleh media kerajaan dan pemimpin kerajaan dan Melayu kebelakangan ini adalah sebagai satu usaha ‘perang saraf’ bagi menakut-nakutkan orang Melayu Malaysia untuk kepentingan survival politik mereka.
Malah, amat tidak masuk akal apabila menyamakan orang Melayu di Malaysia yang sudah sedia menjadi penduduk majoriti dan dengan orang Melayu Singapura yang sememangnya minoriti di negara itu. Oleh itu, cubaan memanaskan isu perkauman ini oleh Tun Mahathir adalah dianggap sebagai satu perkara yang menyedihkan di kalangan rakyat yang sudah ramai berpendidikan tinggi yang boleh berfikiran rasional.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...