Ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching menerima ugutan ke atas keselamatannya hari ini.
“Mereka bekejar dan mendapati seekor ayam tergantung di luar pagar. Lehernya dipotong dan darah masih menitis, dipercayai baru dibunuh.
Apa yang saya hendak nyatakan disini ini bukan budaya orang Islam. Provokasi oleh DAP hanya untuk menghina umat Islam sehingga membuatkan umat Islam bergaduh sesama mereka sehingga ada yang sanggup mati demi Karpal Singh, lepas itu mereka akan mencipta sesuatu kes supaya umat Islam di 'cop' sebagai pengganas. Senang sahaja mereka membuat provokasi.
Kemudian tidak cukup dengan itu Teresa Kok juga menerima ugutan bunuh setelah mempertikaikan azan dan tulisan jawi.
Sepengetahuan kita umat Islam di Malaysia tidaklah seperti yang DAP anggap walau apa pun yang orang bukan Islam buat orang Islam akan banyak bersabar cuma mereka akan bergaduh sesama mereka sahaja. Orang Islam tidak pernah masuk ke dalam Tokong dan Gereja dan membuat perkara yang bukan Islam tidak suka demi untuk menjaga hati orang bukan Islam tetapi bagi DAP "pergi jahanamlah orang Islam"
Saya menjangkakan DAP mempunyai agenda yang cukup jahat yang boleh menggugatkan keamanan dan kestabilan di Malaysia. DAP juga mempunyai rancangan jahat terhadap umat Islam di Malaysia, kelompok yang menjadi subjek adalah orang Melayu Umno kerana orang Melayu ini sahajalah yang masih belum mengikut telunjuk mereka. Disebabkan itulah jika kita perhatikan modus operandinya adalah lebih kurang sama.
Jikalau Melayu Umno sudah dapat mengikut telunjuk mereka saya yakin dan percaya perbuatan seperti ini sudah tidak ada lagi. Inilah satu detik yang cukup mencemaskan bagi orang Islam di Malaysia kerana 'yahudi' sudah bertapak di Malaysia. Harus diingat mereka tidak pernah berhenti dari menganggu orang Islam. Selepas ini kita akan lihat apa lagi yang DAP akan buat kepada umat Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan