بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Selasa, Januari 18, 2011

Taklimat isu semasa Selangor


Satu taklimat berkenaan dengan isu semasa yang memberi fokus pada isu Perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah di adakan di Dewan Auditorium Menara Sains dan Teknologi UiTM di Shah Alam malam tadi.
Taklimat telah diberikan oleh Ybhg. Datuk Salehuddin Saidin, Pengerusi Biro Undang Undang Dewan Tertinggi PERKASA dengan topik Undang undang Urus Tadbir Kerajaan Negeri Selangor dan Ybhg. Datin Paduka Prof. Ramlah Adam yang juga Ahli Dewan Tertinggi PERKASA telah membentangkan topik Sejarah Melayu dan Ketuanan.

Majlis diakhiri dengan ucapan penutup oleh YB Dato Ibrahim Ali Presiden PERKASA, yang mendapat tepukan gemuruh dari para hadirin yang sangat teruja untuk mendengar amanat dari YB Dato Presiden sendiri setelah hampir 2 bulan berehat. Kata kata ungkapan Dato Presiden telah membakar semangat Ahli Ahli yang memenuhi dewan untuk terus bangkit mempertahankan hak hak orang Melayu dan Pribumi termasuk Sabah dan Serawak.
Laungan keramat Hidup Melayu telah berkumandang sebanyak 3 kali mengakhiri ucapan Dato Ibrahim Ali.
Tahiah kepada perkasa Selangor di bawah pimpinan Sdr Abdullah Mansur yang telah berjaya menganjurkan program besar saperti ini dan tidak lupa juga tahniah kepada seluruh ahli jawatankuasa kerja negeri dan daerah daerah yang datang dari seluruh Selangor yang telah memenuhkan Dewan Auditorium walaupun menghadapi kesibukan dengan tugas tugas harian mereka.
Sementara itu bagi Pengerusi PERKASA Daerah Kelang Sdr. Abu Bakar Yahya pula mengucapkan tahniah kepada semua ahli PERKASA yang terlibat dalam program penjelasan perlantikkan SUK Selangor di UITM dan ianya sangat berjaya. Insaallah kita akan teruskan usaha juang kita bersama PERKASA demi Bangsa Agama & Negara. Mengakhiri SMS beliau kepada laman web pribumiperkasa.com.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...