بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Selasa, Januari 18, 2011

RM485k untuk Pak Uban masih tidak cukupkah?

Takkan untuk dia seorang saja. Apakan daya jika itu saja peruntukan?


PUTRAJAYA, 28 Jun – Datuk Seri Dr. Rais Yatim menyuarakan rasa hairan tentang apa lagi yang dimahukan oleh Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said setelah terlalu banyak dibelanjakan oleh kerajaan untuk memperoleh bahan atau artifak seni budaya.


Apakah pendirian perjuangannya di dalam sastera sudah berubah?
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu yang menjawab kekecewaan A.Samad terhadap layanan kementerian beliau dalam menyediakan penempatan untuk khazanah sastera yang dimilikinya berkata, malahan buku-buku hasil karya sasterawan itu sendiri telah banyak dibeli oleh KPKK.

samad-said-buku-rais

“Melalui Perpaduan Negara Malaysia, hampir RM485,000 buku-buku Samad tidak termasuk hasil tulisan sajaknya yang telah dibeli.

“Semasa pentadbiran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKWA) dulu, kami juga telah membuat pembelian buku-buku beliau. Komen beliau menampakkan sangat pendirian yang sudah berubah.

“Saya hairan apa lagi yang dia mahu. Walau apa pun kami bersedia melihat apa lagi yang wajar dipertimbangkan,” kata beliau kepada Utusan Malaysiahari ini.

Rais mengulas hasrat A. Samad dalam laporan akhbar Ahad lalu yang mahu menempatkan khazanah sastera yang dimilikinya di sebuah rumah seni di New Zealand selepas kecewa terhadap layanan yang diberikan kementerian dalam menyediakan penempatan untuk khazanah seni itu.

Menurut A. Samad, menerusi rundingan bersama beberapa temannya di Negara Kiwi itu, beliau mendapati New Zealand lebih menghargai segala usaha penggiat seni termasuk sasterawan.

Kata sasterawan itu lagi, melalui pemerhatian bersama temannya yang bermastautin di negara itu juga mendapati golongan seni di sana lebih dihargai berbanding di negara ini yang disifatkan ‘seperti tidak mahu kewujudan khazanah yang sudah dicipta menerusi golongan sasterawan’.

Berhubung cadangan A. Samad hendak membawa karyanya ke luar negara seperti New Zealand, Rais berkata, itu adalah haknya untuk berbuat demikian.

Terbelakah bahasa ibunda bawah Pakatan Rakyat dengan DAP yang mahu merendahkan lagi kedudukan bahasa Melayu? Hari ini dipersoal tulisan Jawi di papan tanda jalan dan mahu masukkan tulisan Cina. Besuk alasan apa pula diguna untuk tidak mahu langsung bahasa Melayu diguna?

Kata Rais: “Saya masih ingat beberapa tahun lalu Pak Samad (A.Samad) ‘balun’ Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atas isu royalti buku beliau.”

"Dengan kementerian saya, beliau tidak ada isu royalti. Tapi atas nama perjuangan seorang seniman, rasanya kementerian sudah agak genap juga menjaga kepentingan seniman seperti Pak Samad. Senang-senang jemputlah minum teh,” katanya. - UMNO Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...