بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Sabtu, Januari 22, 2011

SKMM perlu ambil tindakan terhadap Tian Chua

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu mengambil tindakan terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua kerana membuat pengakuan mencipta gambar palsu wanita Monggolia, Altantuya Shariibu bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, beliau berasa pelik kerana SKMM tidak mengambil sebarang tindakan walaupun Dewan Rakyat telah dimaklumkan pada sidang November hingga Disember lalu bahawa siasatan itu telah selesai.

"Saya berasa pelik kenapa SKMM atau pihak Peguam Negara belum mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas jenayah yang dilakukan oleh Tian Chua itu.

"Ini bukan tuduhan palsu kerana Tian Chua sendiri telah mengaku melakukan perbuatan keji lagi terkutuk itu," katanya dalam blognya http://www.zahrainmp.blogspot.com hari ini.

Beliau mengulas tindakan pembangkang yang sekali lagi menjaja cerita pembunuhan wanita Monggolia kepada masyarakat kampung dan peneroka Felda dalam usaha untuk mengaibkan pemimpin negara sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Tenang.

Zahrain menggesa pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya kepada Tian Chua kerana jika dibiarkan ia hanya mendorong mereka untuk terus meracuni pemikiran rakyat.

"Tian Chua pernah didakwa dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah sebelum ini kerana menggigit seorang anggota polis tidak lama dahulu .

"Nasihat saya, padamkan api ketika ia masih kecil, jika tidak kebenaran akan rentung dijilat 'api pembohongan'," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...