بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Isnin, Januari 17, 2011

NGO desak Menteri Besar pecat Ronnie Liu

SHAH ALAM 15 Jan. - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat Ronnie Liu daripada jawatan Exco selepas wakil rakyat itu mempertikaikan arahan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) tidak membenarkan umat Islam bekerja di premis menjual arak.
Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor, Mohd. Faizal Mohd. Salleh berkata, Ronnie tidak layak untuk memegang jawatan itu kerana telah mengkhianati kepercayaan rakyat terutama umat Islam di negeri ini.
"Sudah tiba masanya Ronnie dipecat daripada jawatan Exco kerajaan negeri kerana beliau terbukti merupakan seorang pemimpin yang biadab serta tidak menghormati umat Islam di Selangor.
"Ini terbukti apabila beliau mengatakan udang-undang syariah yang melarang umat Islam bekerja di premis arak sebagai tidak praktikal.

"Ia jelas menunjukkan yang beliau langsung tidak menghormati Islam sebagai agama rasmi negara ini," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.
Sementara itu, Mohd. Faizal turut memberi amaran kepada Ronnie supaya wakil rakyat itu tidak terus mengeluarkan kenyataan yang boleh menaikkan api kemarahan umat Islam di negara ini.
Mengulas perkara sama, Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS),Hamidzun Khairuddin berkata, kenyataan Ronnie menunjukkan sikap sebenar wakil rakyat itu yang akan melakukan apa saja hingga sanggup mengeluarkan kenyataan mengugut Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang merupakan badan pelaksana Enakmen Jenayah Syariah negeri.
"Tindakan Ronnie itu membuktikan bahawa kerajaan negeri tidak telus apabila wakil rakyatnya bebas campur tangan dalam tadbir urus .
"Ronnie perlu sedar bahawa pentadbiran negeri Selangor tidak boleh bercanggah dengan undang-undang Islam di negeri ini," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...