بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Sabtu, Januari 22, 2011

Dr Syed Husin Ali Dakwa Azmin Simpan 10 Juta Di Singapura

AIDCNews – 20/01/11 – Perang  di twitter di antara N Gobalakrisnan dengan PKR masih berpanjangan. Dari tidak setuju pelantikan Surendran sebagai Naib Presiden PKR,  Disember tahun lalu meleret-leret kepada persoalan kekayaan duit Azmin Ali dan Shamshida Taharin.
Kira-kira 5 minit lalu, Gobalakrisnan menghantar twitter kepada Dr Syed Husin Ali menggesa bekas Timbalan Presiden PKR itu bertanggungjawab di atas kenyataannya dulu yang mendakwa Azmin Ali mempunyai wang simpanan sebanyak 10 juta di Singapura.
Cakap-cakap mengenai kekayaan yang luar biasa Azmin Ali bukanlah perkara pelik di kalangan ahli-ahli PKR.

Sebelum ini, pada 1 Februari tahun lalu, Pengerusi Yayasan Belia India Malaysia, SA Vigneswaran menggesa Azmin Ali dan isterinya Shamsida Taharin menjelaskan isu pemilikan saham mereka yang  bernilai RM8.5 juta. Klik di sini
Kemudian pada 17 November tahun lalu juga, Anuar Shaari, bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim turut membuat laporan polis mengenai pemilikan saham Azmin dan Shamshida yang bernilai RM8 juta. Anuar Shaari turut membuat laporan kepada SPRM. Klik di sini
AIDCNews difahamkan pendedahan SA Vigneswaran dan Anuar Shaari adalah dua entiti dokumen yang berbeza, tetapi dimiliki oleh individu yang sama iaitu Azmin Ali dan Shamshida Taharin.
Kemudian aset-aset Azmin sekeluarga termasuk kereta Ferari dipamerkan sendiri oleh Azmin dalam facebooknya.



Persoalannya dari mana Azmin Ali dan Shamshida Taharin memperolehi kekayaan luar biasa itu sedangkan latar belakang keturunan keluarga bukan dari golongan hartawan. Bapa Azmin adalah pesara kerajaan, manakala bapa Shamshida adalah bekas guru.
Azmin Ali bukannya seorang ahli perniagaan, sebaliknya sepanjang kerjayanya, beliau menghambakan dirinya sebagai Setiausaha Sulit kepada Anwar Ibrahim. Begitu juga dengan Shamshida Taharin.
Menurut pengakuan berkanun Datuk Abdul Murad Khalid, bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), pekerjaan terakhir Shamshida adalah di Phileo Allied Bank di Jalan Tun Razak.
Kata Abdul Murad: ”Adalah diketahui dengan meluas bahawa Shamsida dibayar gaji yang tinggi dan disediakan dengan sebuah kereta dan pemandu dan pada kebanyakan masa dia tidak perlu pergi bekerja.”Klik di sini
Pendedahan Gobala dalam twitternya hari ini membuka satu lagi lembaran lama yang diselak kembali. Cakap-cakap berkenaan kekayaan luar biasa Azmin sekeluarga akan terus berpanjangan selagimana Azmin masih terus disayangi Anwar.
Dalam twitter Gobala 20 Januari lalu, Gobala membangkitkan perkara sama. Gobala memberitahu dia telah dimaklumkan oleh ‘informer bank’ berkaitan dengan di mana Anwar simpan sumber kekayaannya.

‘Informer bank’ itu memberitahu ‘ kekayaan Anwar terletak di Azmin dan Shamshida’.
Menurut Gobala lagi, dari dulu, kini dan selamanya kehidupan Anwar adalah mengkhianati dan menipu orang-orang di sekelilingnya itu.

“Mengundi untuk Anwar adalah sama seperti mengundi untuk Azmin dan Shanshida serta kroni-kroninya”, katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...