بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Jumaat, Januari 21, 2011

PERKASA desak kerajaan bertegas

KUALA LUMPUR 20 Jan. – Kerajaan diminta bertegas menangani isu-isu remeh yang sengaja ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu berkaitan novel Interlok.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, ketegasan kerajaan dalam isu itu boleh menyedarkan pihak tidak bertanggungjawab sekali gus menutup kemelut yang ditimbulkan mengenai novel berkenaan.
‘‘Apabila kerajaan bertolak ansur dan bersikap terbuka, pihak terbabit akan naik tocang,” katanya hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada penangkapan sembilan lelaki kerana cuba menimbulkan kekacauan dengan memaparkan poster bertulis ‘Haramkan Interlok’ ketika sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves, di sini pagi ini.
Ibrahim menambah, polis bertindak tepat dalam kejadian itu kerana tindakan lelaki berkenaan mengancam keselamatan orang ramai dan keamanan ketika sambutan perayaan tersebut.
Katanya, polemik mengenai Interlok sebenarnya bukanlah satu isu tetapi sengaja diperbesarkan oleh pihak lain yang bertindak sebagai tangan ghaib untuk mendapat faedah politik daripada masyarakat India.
‘‘Buku Interlok juga tidak bermaksud untuk menghina mana-mana kaum apabila penulisnya, Datuk Abdullah Hussain turut menegur dan menulis mengenai budaya kaum lain seperti Melayu dan Cina,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...