بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Isnin, Januari 17, 2011

Siasat pindah peniaga di Bazar Tok Guru


KOTA BHARU 16 Jan. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa melakukan penyiasatan berhubung masalah membabitkan urusan perpindahan peniaga-peniaga Pasar Arked Lambok Uda dan Pasar MPKB ke Bazar Tok Guru yang masih dalam pembinaan.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, siasatan itu perlu untuk memastikan tidak ada penyelewengan berlaku sehingga timbul bantahan daripada peniaga di situ terhadap kerajaan Pas Kelantan yang didakwa tidak menepati janji mereka sebelum ini.
“Kita menuntut SPRM menyiasat perkara ini, kenapa boleh berlaku sedangkan sebelum ini kerajaan negeri telah menjanjikan sesuatu yang lebih baik kepada mereka.

“Masalahnya di sini adalah mereka berjanji perkara lain semasa mahu meraih undi tapi apa yang diberikan adalah benda lain,” kata beliau.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Himpunan Barisan Depan Barisan Nasional Parlimen Kota Bharu di Sekolah Menengah kebangsaan Tanjung Chat di sini petang ini.
Rabu lalu, para peniaga di kedua-dua pasar tersebut meluahkan rasa kecewa terhadap Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) kerana tidak mengotakan janji untuk memberikan ruang perniagaan yang sepatutnya kepada para peniaga.
PMBK sebelum ini dikatakan berjanji menyediakan lot kedai dengan keluasan 3.04 x 3.65 meter persegi kepada setiap peniaga untuk berpindah dan menjalankan aktiviti perniagaan di Bazar Tok Guru.
Bagaimanapun keluasan sebenar lot yang diberikan hanya 1.82 x 2.4 meter persegi.
Pada 15 Januari 2010, pembinaan Bazar Tok Guru itu menimbulkan kontroversi apabila Kerajaan Pas Kelantan terpaksa menanggung kerugian yang dikatakan melibatkan nilai kira-kira RM50 juta.
Ia diakui sendiri Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila pihaknya terpaksa menebus balik bangunan yang sebelum ini daripada pemaju swasta.
Projek itu sepatutnya dibangunkan PMBK yang kemudian menyerahkan kepada sebuah syarikat.
Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, BN akan turut mencuba untuk membantu kira-kira 400 peniaga di situ yang bergantung sepenuhnya kepada perniagaan mereka untuk mencari rezeki.
Katanya, masalah tersebut merupakan antara isu-isu yang berlaku di negeri ini dan membuktikan kelemahan kerajaan Pas Kelantan termasuklah dalam menangani banjir yang melanda baru-baru ini kerana sistem pembangunan yang tidak terancang.
“Kita akan cuba yang terbaik membantu kira-kira 400 peniaga ini agar nasib mereka terbela. Inilah peranan kita sebagai pemimpin tapi sebagai permulaan kita mahu SPRM siasat.
“Banyak isu di Kelantan ini. Baru-baru ini saya pergi melawat Kampung yang mana ada 70 rumah tenggelam akibat banjir semua ini sebab projek pembangunan yang tidak terancang oleh kerajaan negeri,” tambahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...