بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Selasa, Januari 18, 2011

PANAS ! Pakatan Rakyat 'Liwat' Rakyat Miskin Untuk Langsai Mimpi 100 Hari?

Selangor sekali lagi dikejutkan dengan ketidakadilan kerajaan Khalid Ibrahim dan Pakatan Rakyat ! Yang terbaru ialah Majlis Perbandaran Subang Jaya, Selangor telah menaikkan sewa tapak penjaja kecil ke tahap yang sangat melampau!!

Rujuk di bawah :
PUCHONG - "Kami lebih rela bayar saman sebanyak RM50 sebulan daripada bayar sewa tapak yang naik empat kali ganda."

Demikian luahan hati sekumpulan penjaja kecil di Pasar Pagi Taman Puchong Indah di sini apabila Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menaikkan sewa tapak daripada RM360 sepetak bagi tempoh setahun kepada RM1,490 bermula 5 Januari lalu.


Menurut seorang peniaga bunga, A. Perumal, 71, tindakan MPSJ itu terlalu kejam dan tidak berhati perut kerana rata-rata pendapatan peniaga di situ tidak begitu besar.

"Modal saya berniaga sehari cuma RM50 dan keuntungan yang saya dapat sekitar RM25 sehari. Kadangkala saya dapat RM7 sahaja sehari, cuba bagi tahu saya bagaimana saya boleh bayar RM1,490. MPSJ memang kejam," katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Pasar tersebut yang telah wujud sejak tahun 1998 turut menempatkan seramai 150 orang penjaja dan mereka diberikan tapak seluas tujuh meter persegi untuk setiap petak.(seterusnya)
Apakah kekejaman seperti yang didakwa oleh peniaga-peniaga kecil itu adalah sebahagian daripada strategi Pakatan Rakyat untuk menjana wang melaksanakan mimpi 100 hari mereka jika memerintah ?

Apa pun, penulis berharap agar pihak MPSJ dapat menyelesaikan isu ini dengan kadar segera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...