بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Jumaat, Januari 21, 2011

SPR teliti notis rasmi Speaker

LABIS 20 Jan. - Persoalan sama ada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang akan diadakan atau tidak, hanya akan diputuskan selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meneliti notis rasmi daripada Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim berhubung kekosongan kerusi bagi kawasan tersebut.

Ini berikutan percanggahan antara alasan Chang Khim iaitu mendakwa penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah gagal menghadiri sidang Dewan dalam tempoh enam bulan tanpa alasan munasabah tetapi dakwaan itu kemudian dinafikan oleh wakil rakyat tersebut.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, setakat petang ini pihaknya belum menerima sebarang notis daripada Chang Khim.



Selain itu, katanya, beliau dan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof juga belum menyentuh mengenai perkara sama dalam perbincangan sebelum ini.

"SPR akan bermesyuarat apabila menerima notis hitam putih daripada makluman rasmi Speaker. Kita akan meneliti sama ada benar kerusi itu kosong dan jika benar, tarikh pilihan raya kecil akan ditentukan.

"Kita akan lihat perkembangan kes ini kerana wakil rakyat berkenaan (Badrul Hisham) menafikan (dakwaan Chang Khim) dan menegaskan ada menghantar surat sakit berhubung ketidakhadirannya pada sidang Dewan.

"Setakat ini ia masih lagi isu peribadi antara Speaker dan Yang Berhormat itu," katanya ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat dengan Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) di bawah SPR di sini hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...