بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Isnin, Januari 03, 2011

Anwar Diberi Amaran NGO Islam



AIDCNews – 30/12/10 – Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi amaran oleh NGO-NGO Islam yang mengadakan Wacana Sehari , “Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan Pemurtadan Ummah” di Masjid Wilayah Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dr Yusri Mohamad, bekas Presiden ke-6, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengatakan kecenderungan Anwar terhadap Pluralisme Agama boleh dinilai dari segi kekerapan ucapannya, terutamanya dalam isu Kalimah Allah dan kes murtad Azlina Jailani yang lebih popular dikenali sebagai Lina Joy.
“Kalau sekadar ucapan, kita kena tengok berapa kali terucap, kalau banyak kali itu macam seriuslah. Saya kira ada beberapa sikap dalam isu Kalimah Allah, kes Azlina Jailani pun ada kata-kata (Anwar) yang senada” katanya.
Isu Kalimah Allah bermula pada Februari 2008 (beberapa minggu sebelum Pilihanraya Umum ke-12) apabila Anwar membenarkan Kalimah Allah digunakan oleh penganut Kristian dalam perjumpaan tertutup di sebuah gereja di Petaling Jaya.

Kebenaran Anwar menggunakan Kalimah Allah itu diucapkan di hadapan kira-kira 200 paderi dan aktivis Kristian, kerana menurut Anwar, Kalimah Allah tidak membawa apa-apa makna, hanya terjemahan dari Bahasa Arab kepada Bahasa Melayu sahaja. Jadi kerana penganut Kristian berbahasa Melayu di Malaysia, maka Anwar membenarkan kalimah Allah untuk penganut Kristian. Klik di sini
Anwar dan Wan Azizah sebagai tetamu jemputan, Ketua Paderi Besar Kristian Malaysia, Archbishop Murphy Nicholas Xavier Pakiam (bertanda bulat). Majlis itu anjuran Persatuan Kristian Kebangsaan Malaysia diadakan di St. John Catholic Church, Bukit Nanas, Kuala Lumpur pada 25 Disember 2007. Archbishop Murphy Pakiam telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur untuk menuntut penggunaan Kalimah Allah dalam akhbar Katolik, The Herald
Kemudian Anwar mengulangi sokongan pemberian Kalimah Allah itu secara terbuka semasa Pilihanraya Kecil Batang Ai, Sarawak. Ucapan Anwar dilakukan di Lubuk Antu pada 1 April 2009. Klik di sini
Disusuli dengan penegasan yang sama dalam ceramah bertajuk “Masa Hadapan Malaysia”, di Ipoh, Perak pada 5 September 2009. Klik di sini
Kemudian Anwar menjadikan isu pemberian kalimah Allah kepada Kristian sebagai pendirian PKR, apabila Dr. Muhd Nur Manuty, Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA) PKR mengeluarkan kenyataan menyokong cadangan Anwar itu pada 5 Januari 2010. [klik di sini] dan diikuti dengan deklarasi penegasan Anwar di Gereja Luther Petaling Jaya, pada 10 Januari 2010. Klik di sini
Semasa Anwar berada di Gereja Lutheran, Petaling Jaya, Paderi Besar gereja tersebut, (The Right Reverend) Philip Lok mendedahkan isu Kalimah Allah adalah perjanjian Anwar dengan Paderi Besar (Bishop) Munib Younan, Bishop Lutheran di Jerusalem, Israel, semasa mereka sama-sama menghadiri Dialog Muslim-Kristian di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat. Klik di sini
Anwar di Gereja Lutheran, Petaling Jaya pada 10 Januari 2010 . Paderi Besar Philip Lok (bertanda bulat), manakala di sebelahnya, Paderi Besar Ng Moon Hing dari Kristian Anglican(baju ungu bersalib) dan Reverend Dr. Eu Hong Seng, Naib Pengerusi Persatuan Kristian Kebangsaan Malaysia (berbaju putih)
Anwar sedang bercakap dengan Paderi Thomas Phillips (bertanda bulat) dari Gereja Roman Katolik, Petaling Jaya semasa perjumpaan dengan paderi-paderi Kristian di Gereja Lutheran, Petaling Jaya, pada 10 Januari 2010. Paderi Thomas Philips juga merupakan Presiden Majlis Gereja-Gereja Malaysia. Dari kiri, Bishop Phillip Lok dari Gereja Lutheran, Rev. Dr. Eu Hong Seng, Naib Pengerusi Persatuan Kebangsaan Kristian Malaysia, Anwar, Paderi Thomas Phillips, Dr. Chua Jui Meng dan Dr Xavier Jayakumar
Anwar berkata sesuatu kepada Brother Augustine Arokiasamy dari Gereja Lutheran sambil diperhatikan oleh Paderi Thomas Phillips dari Gereja Roman Khatolik yang juga merupakan Presiden Majlis Gereja-Gereja Malaysia
“Pada dua hari lepas, saya telah menerima banyak e-mel dari gereja-gereja di seluruh dunia yang memberi sokongan doa kepada gereja di Malaysia. Salah seorang daripada mereka datang dari  Bishop (Paderi Besar) Lutheran di Jerusalem, Bishop Munib Younan. Bishop Younan, seorang Kristian berbangsa Arab, telah bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Oktober lepas dalam program Dialog Islam dan Kristian di Universiti Georgetown (lihat foto di bawah). Dalam suratnya itu, Bishop Younan memberitahu Anwar yang perkataan ’Allah’ telah digunakan secara bebas oleh masyarakat Kristian Arab untuk hampir 2000 tahun! Bishop itu seterusnya mendesak Datuk Seri Anwar dan rakan-rakan penggubal undang-undang agar menjaga keselamatan kebebasan beribadat untuk komuniti Kristian di Malaysia”, kata Paderi Besar Lutheran, Philip Lok yang bertanggungjawab menjaga gereja-gereja Lutheran di Malaysia dan Singapura. Klik di sini dan di sini
Anwar dalam Program Dialog Muslim dan Kristian (Common Word), di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat pada 8 Oktober 2009. Bertanda bulat di atas adalah logo Jesuits, iaitu Persatuan Kristian Sedunia. Dari kiri Tony Blair (bekas Perdana Menteri Britain/Kristian), John Esposito (Pengarah CMCU, Georgetown University/Kristian/mentor Anwar), Mustafa Ceric (Mufti Bosnia/IIIT), Kjell Magne Bondevik (Bekas Perdana Menteri Norway/Kristian) dan Anwar Ibrahim
Kristian Lutheran adalah satu aliran ajaran Kristian yang diasaskan oleh Martin Luther, yang dikenali sebagai Bapa Reformasi Protestan dari Jerman.
Berdasarkan dakwaan Paderi Besar Lutheran itu, maka tidak hairan Anwar begitu konsisten membangkitkan isu larangan Kalimah Allah kepada Kristian di pelbagai media antarabangsa. di Wall Street Journal, pada 6 Januari 2010 dan 25 Januari 2010 [klik di sini dan di sini], Qantara.de, Jerman pada 4 Februari 2010 [klik di sini]
Dalam kes Azlina Jailani, Baradan Kuppusamy dalam Asia Times Online melaporkan walaupun Anwar adalah ikon kebebasan di Malaysia tetapi beliau kelihatan berhati-hati mengucapkan prinsip sebenarnya di Malaysia. Menurutnya, dalam isu itu Anwar memilih untuk menyerang dan mengkritik kelemahan sistem Mahkamah Syariah di Malaysia. Klik di sini dan di sini
Tetapi, apabila berada di luar negara, ketika diinterbiu oleh BBC, beliau terus menyatakan sikapnya yang sebenar dalam kes tersebut.
Menurut Anwar, beliau menyokong Lina Joy murtad kerana berasaskan prinsip hak asasi (human rights), kebebasan menurut gerak hati (freedom of conscience ), kebebasan memilih (freedom of choice) dan kebebasan beragama (freedom of religion) yang didokongnya. Klik di sini
Menurut Dr Yusri Mohamad lagi, sikap Anwar bukan semata-mata diukur dengan ucapan tetapi juga melalui perbuatan dan tingkah laku.
“Kedua, banyak kali saya sebutkan contoh, bukannya ucapan, tetapi wujudnya di bawah IKD, boleh munculnya satu kumpulan yang sebegitu, The Middle Eastern Graduate Centre”.
“Mustahil beliau (Anwar) tidak mengetahui tentang kewujudan kumpulan ini dan kecenderungannya, bahan-bahan yang ditulis dan sebagainya”, kata Yusri.
IKD atau Institut Kajian Dasar merupakan badan pemikir Anwar Ibrahim yang ditubuhkan sejak 1984 dan mendapat tajaan dari sebuah yayasan Kristian Jerman, bernama Konrad Adenuaer Foundation (KAF).Klik di sini
Melalui IKD ditubuhkan pula satu cawangannya yang dinamakan Middle Eastern Graduate Center (MEGC) yang diketuai oleh bekas pelajar Jordan, Mustaqeem Mahmood Radhi yang juga salah seorang panel IKD dan bekas kolumnis Suara Keadilan (akhbar tabloid Parti Keadilan).
Mustaqeem dan MEGC juga ditaja sepenuhnya oleh KAF telah menerbitkan buku-buku Pluralisme Agama, antaranya bertajuk ‘Islam dan Pluralisme’, ‘Agama dan Kebebasan Berfikir’, ‘Hukum Barat Pun Islam’ dan ‘Kahwin Campur Antara Islam dan Bukan Islam’.Klik di sini
Ketika diminta mengulas berkenaan pengharaman buku-buku Pluralisme Agama terbitan MEGC oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) atas nasihat JAKIM, Anwar Ibrahim berkata tindakan itu sebagai bebal, menghukum atau mengharamkan karya dengan sewenang-wenangnya. Klik di sini
Sementara itu, A. Karim Omar, Setiausaha Agung Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) turut membangkitkan teguran NGO Islam berkenaan ucapan Anwar bertajuk “Religion and Pluralisme in a Divided World” yang pernah disiarkan diblognya tetapi ditarik balik tanpa sebarang alasan.
“Apabila beliau ditegur tentang ucapannya itu, nampaknya beliau (Anwar) berkeras dengan pendiriannya dan apabila kita banyak kali menegur, ia memakan masa beberapa bulan untuk beliau tarik ucapannya itu dari blognya”, katanya.
Anwar berucap di LSE pada 18 Mac 2010
Sekeping risalah bertajuk "Support Democracy Malaysia" dengan foto wajah Anwar Ibrahim turut dibekal kepada peserta semasa Ketua Umum PKR itu berucap
Setiausaha Agung MUAFAKAT itu merujuk kepada ucapan Anwar pada 18 Mac 2010 di London School of Economic (LSE) dan disiarkan di blog Ketua Umum PKR itu pada 22 Mac 2010. Klik di sini
“Apabila beliau tarik kenyataan tersebut (di blognya), beliau tidak nyatakan kenapa dia tarik. Adakah beliau menarik balik ucapannya ataupun membetulkan ucapannya itu bahawa ianya salah.
“Jadi kesalahan itu dibiarkan begitu dalam masyarakat. Itu yang saya rasa merbahaya. Sebab itu kita ambil inisiatif membetulkan dengan ulasan yang diberikan oleh Dr Uthman El-Muhammady. Semoga Allah memberi petunjuk kepadanya”, katanya lagi. Klik di sini
A. Karim Omar juga merupakan Setiausaha Program Wacana Sehari di Masjid Wilayah Kuala Lumpur itu.
Program itu adalah anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia ( MUAFAKAT), Majlis Permuafakatan Badan Amal Islam Wilayah Persekutuan, Allied Coordinating Committee of Islamic NGO (ACCIN) dan Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...