بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Jumaat, Januari 07, 2011

TUN MAHATHIR-lihat nasib Melayu Singapura

Tun Dr. Mahathir berkata, semangat perpaduan orang Melayu semasa menumbangkan Malayan Union pada 1948 perlu dikekalkan oleh generasi masa kini jika tidak mahu nasib mereka menjadi seperti masyarakat Melayu di Singapura.
Meskipun orang Melayu di republik itu hanya mewakili kira-kira 15 peratus daripada keseluruhan penduduknya, golongan tersebut seolah-olah dipinggirkan dan ketinggalan.

Orang Melayu Singapura tidak banyak mendapat tempat dalam kerajaan, universiti dan juga tidak dibenarkan mengendalikan senjata dalam tentera kerana dibimbangi akan memberontak.


Jika Malayan Union masih kekal, sudah pasti bangsa Melayu sekarang akan ketinggalan dan ditindas seperti yang berlaku di Singapura, malah kita juga mungkin jadi mundur dan termiskin walaupun menjadi majoriti.

Pasti Majlis Amanah Rakyat (Mara), Universiti Teknologi Mara (UiTM), sekolah untuk memberi latihan untuk orang Melayu dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang membantu nasib orang Melayu tidak akan wujud.

Tun Dr. Mahathir melahirkan rasa kesal dengan sikap sesetengah pihak yang terlalu takut untuk mempertahankan hak mereka sebagai orang Melayu dan membincangkan masalah bangsa Meyu kerana bimbang dilabelkan sebagai perkauman.

Begitulah kata-kata Tun Dr Mahathir semasa menyampaikan ucaptama pada Seminar Perdana: Perpaduan Asas Pembangunan Bangsa di Universiti Teknologi Mara (UiTM), kelmarin.

AYG ; menghayati ungkapan ucapan Tun ini, kawan teringat satu artikel dari blog PISAU yang memaparkan bagaimana seorang Melayu Singapura yang bernama Othman Wok pengkhianat bangsa Melayu Singapura yang menjadi dalang kepada Lee Kuan Yew yang menentang perlaksanaan Hak-Hak Keistimewaan orang Melayu dengan mengatakan hak-hak keistemewaan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu ini hanya retorik dan mainan Tunku dan UMNO.

Sama seperti yang PKR perjuangkan sekarang ini, begitulah Othman Wok berperanan membantu PAP-Lee Kuan Yew melalui penulisan-penulisan mengenai penubuhan negara multi-perkauman dan hak samarata dan dasar anti Raja-Raja Melayu di dalam akhbar Petir sebuah suratkhabar berbahasa Melayu keluaran Parti PAP, yang lebih kurang sama macam harakah jugak……(sila rujuk dari artikel ini)

Manusia seperti Othman Wok ini terlalu ramai muncul dalam parti PKR dan PAS sejak mereka terbuai mimpi-mimpi indah bersama dengan DAP……. Berhati-hatilah nak-anak bangsa ku semua……..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...