بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Jumaat, Januari 07, 2011

Krisis SUK v MB di Selangor: Khalid mahu lantik Bukan MELAYU sebagai SUK baru!!!

Semalam, selepas mengadap DYMM Sultan Selangor pasal isu pelantikan Dato' Khusrin Munawi sebagai SUK baru Kerajaan Selangor, ini kenyataan MB gagap, Khalid Ibrahim:

Saya telah mengadap DYMM Sultan Selangor hari ini bagi membincangkan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.

DYMM Sultan Selangor telah berpandangan bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis Perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan.

DYMM Sultan Selangor mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik. Saya mengucapkan terima kasih kepada DYMM Sultan atas nasihat dan pandangan baginda.


Justeru itu, demi kebaikan Negeri Selangor dan menjunjung titah Tuanku, Kerajaan negeri akan menulis surat kepada SPA bagi membincangkan semula calon yang layak, sesuai dan berkebolehan untuk mengisi jawatan tersebut.

Sehingga penyelesaian muktamad dicapai antara kerajaan negeri dan SPA, maka kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Ini bermakna majlis angkat sumpah di hadapan Menteri Besar tidak akan diadakan dan Dato’ Khusrin Munawi tidak akan hadir pada sebarang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor sebagai ex-officio.

Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri akan mencadangkan kepada Dato’ Speaker untuk mengadakan sidang Dewan Negeri Selangor tergempar bagi meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri kepada Sultan dan Menteri Besar.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR.


Tetapi, oleh kerana Allah SWT itu Maha Agung! Akhirnya MB bodoh dan gagap si pencacai kapir laknat DAP seekor ini telah dibuktikan sebagai kaki penipu dan pembelit! Hari ini S/U Sulit DYMM Sultan Selangor telah mengeluarkan kenyataan mengenai perkara sebenar yang dibincangkan semalam semasa pertemuan dengan Khalid.  
Setiausaha Sulit: Sultan Selangor ada kuasa eksekutif beri perkenan (TheMalaysianInsider.com) 

January 04, 2011KUALA LUMPUR, 4 Jan — Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dilaporkan berkata, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tetap mempunyai kuasa eksekutif bagi memperkenankan sebarang pelantikan pegawai kerajaan negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri yang dilakukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Justeru Munir menjelaskan, kenyataan bahawa baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh SPA adalah pandangan dikeluarkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Itu tidak tahulah tetapi semasa perjumpaan Menteri Besar ketika menghadap Tuanku (semalam), beliau ada menerangkan kepada baginda bahawa kuasa tersebut telah dipinda iaitu Tuanku tiada mempunyai kuasa memerintah membuat pelantikan yang kini dilakukan oleh SPA.

“Bagaimanapun, baginda sebagai Ketua Esksekutif Negeri tetap mempunyai kuasa eksekutif dan sebarang pelantikan perlu mendapat perkenan Tuanku.

“Menteri Besar pula berperanan menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang telah diturunkan oleh baginda kepada beliau,” kata beliau dipetik Utusan Malaysia ini.

Semalam selepas menghadapi Sultan Selangor, Khalid berkata Sultan Selangor telah berpandangan bahawa baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh SPA.

Ini kerana katanya, kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis perlembagaan berlaku yang mana Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa Persekutuan.

Kenyataan itu menyebut Sultan Selangor mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik.

Laporan Utusan Malaysia juga menyebut baginda murka dan berkecil hati ekoran sikap pentadbiran Khalid yang mempertikaikan dan enggan menerima pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK yang telah diperkenankan oleh baginda.

Menurut Munir, semasa perjumpaan Sultan Selangor dengan Menteri Besar semalam baginda ada bertanya mengapa kerajaan negeri tidak mahu menerima pelantikan Khusrin sebagai SUK.

“Tuanku ada bertanya, mengapa tidak suka Khusrin, adakah dia ada melawan tetapi Menteri Besar tidak kata apa-apa,” katanya.

Minggu lalu, Munir berkata, pelantikan Khusrin adalah muktamad kerana telah mendapat perkenan Sultan Selangor.
Pada sidang media semalam juga Khalid berkata Selangor akan mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri bagi meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri kepada Sultan dan Menteri Besar.

Katanya, dalam pertemuan beliau dengan Sultan Selangor, baginda berpandangan baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon bagi memegang jawatan eksekutif berkenaan yang dicadangkan oleh SPA.

“Ini adalah kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis Perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa Persekutuan,” katanya.

Pelantikan Khusrin sebagai SUK baru mencetuskan kontroversi apabila Menteri Besar dilaporkan berkata pelantikan itu belum muktamad kerana beliau tidak pernah dimaklumkan mengenainya.


KAHKAHKAH...Cuba baca line yang di highlight merah di atas:  “Tuanku ada bertanya, mengapa tidak suka Khusrin, adakah dia ada melawan tetapi Menteri Besar tidak kata apa-apa,” Ropa-ropanye Khalid Ibrahim ini bukan sahaja GAGAP, malah penipu besar. Dengan Selamba sahaja dia mempermainkan kata-kata Sultan. Semalam lepas mengadap DYMM Tuanku Sultan, si MB bengap ini sibuk nak buat sidang DUN tegempar, konon-konon nak pulihkan kuasa Sultan kembali (satu lagi kenyataan politik hendak mengheret tokoh negara, Tun Che Det). Tapi hari ini cerita dah bertukar pulak, nak buat perbincangan sahaja...KAHKAHKAH. Apalah nasib rakyat Selangor dapat barisan pemimpin bangang macam ini???


Tetapi sebelum orang Melayu seronok sangat dengan kenyataan putar-belit Khalid Ibrahim konon-konon hendak pulihkan kembali kuasa DYMM Sultan, jangan pula kita lupa yang adaADUN dia sendiri yang bakal digantung sampai MATI kerana menjadi petualang penentang DYMM Sultan dan juga cauvinis DAP yang mula rasa rimas dengan permainan busuk politik Pakar Korek Rektum (PKR). Orang Melayu juga perlu bertanya Khalid, jika Kerajaan Negeri beria-ia mahu meminda perlembagaan/Undang-Undang Tubuh Negeri, perkara yang mana yang hendak dipinda??? Cuba kita sama-sama renungkan gambar di bawah...


MymassaVoice

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...