بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Selasa, Januari 04, 2011

Wikileaks SAUK..! Kesalahan Yb Shuhaimi SAMA Dengan Allahyarham Mohd Amin AL-MA’UNAH…., Boleh Kena Gantung Sampai Mati…..

Disebabkan pulut santan binasa…

Disebabkan mulut badan binasa…


Pada tanggal 2 Julai 2000, seluruh negara dikejutkan dengan satu peristiwa hitam yang berlaku di Bukit Jenalik…., ingatkah lagi Peristiwa SAUK..?


Orang nombor satu, Big Boss kepada pergerakan Al Ma’unah Mohamed Amin Mohamed Razali telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pada 4 Ogos 2006. Beliau didapati bersalah kerana mengetuai rancangan “melancarkan perang kebawah Duli Yang maha Mulia Yang Dipertuan Agong..”


Merujuk kepada kupasan dan penjelasan dari seorang peguam dalam isu Yb Shuhaimi yang “mengugut” baginda tuanku Sultan Selangor, Zulkif Nordin menjelaskan seperti berikut;


Khusus bagi mereka yang mengugut Tuanku Sultan, teman cadangkan pertuduhan dibawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan dikenakan terhadap mereka kerana pada teman perbuatan mengugut Tuanku Sultan Selangor tersebut adalah “perbuatan memerangi Raja-Raja Melayu” yang jika sabit kesalahan hendaklah mereka itu dihukum bunuh sampai mati. Atau sebagai alternatif hendaklah mereka dikenakan pertuduhan dibawah Seksyen 121 (1B) kerana “merancang, mengada-ada, mereka-reka atau berusaha akan pemecatan atau perlucutan Raja pemerintah sebuah negeri” yang jika sabit kesalahan hendaklah dihukum penjara sepanjang hayat, iaitu sampai mati didalam penjara. Ini bukan perbuatan yang boleh dibiarkan, apatah lagi bertolak ansur dengannya kerana amatlah biadap lagi kurang ajar bagi mana-mana rakyat dinegeri Selangor khususnya melakukan perbuatan derhaka saperti itu. Bagi maksud ini, teman mencadangkan kepada mana-mana individu rakyat Selangor supaya segera membuat lapuran polis menurut Seksyen 121 atau Seksyen 121 (1B) supaya tindakan segera boleh diambil;


Jika keadaan masih juga sengaja ditegangkan, teman mencadangkan supaya Tuanku Sultan menitahkan supaya darurat diisytiharkan bagi negeri Selangor dan Menteri Besar serta Dewan Undangan Negeri yang ada hendaklah digantung, dan dilantik satu Majlis Gerakan Negeri untuk mentadbir Negeri Selangor sehingga Kerajaan baru yang mendapat mandat sah daripada rakyat dipilih semula melalui pilihanraya umum.

Apakah Yb Shuhaimi sudah bersedia menghadapi risiko ini..??

Untuk bacaan sepenuhnya kisah kisah Al Ma’unah ;

Kisah Benar Peristiwa Al-Ma’unah - klik sini
Amin Al Ma’unah Digantung Sampai Mati…. - klik sini dan sini


POSTED BY MEDAN INFO KITA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...