بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Isnin, Januari 03, 2011

Zahid dakwa Suaram sengaja mahu dedah maklumat pertahanan negara

KUALA LUMPUR 2 Jan. – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendakwa Suara Rakyat Malaysia (Suaram) melalui Pengarahnya, Dr. Kua Kia Soong mempunyai niat tersembunyi iaitu mahu mendedahkan maklumat pertahanan negara kepada pihak luar.

Beliau berkata, niat tersembunyi tersebut dapat dilihat melalui tindakan Kia Soong yang melancarkan buku tulisannya, Questioning Arms Spending in Malaysia di London, pada 14 Disember lalu sedangkan, tiga hari sebelum itu, buku berkenaan sudah dilancarkan di ibu negara.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata, Kementerian Pertahanan kini sedang meneliti aspek perundangan yang bakal diambil ke atas Kia Soong memandangkan beberapa isu yang dibincangkan dalam buku tersebut, menyentuh soal kerahsiaan pertahanan negara.

“Buku ini dilancar di London dua minggu lalu dan saya melihat tujuannya adalah untuk mendedahkan soal pertahanan negara kepada pihak luar. Ini sudah tentu ada tujuan tersirat oleh Suaram dan penulis itu sendiri (Kia Soong) untuk memburukkan negara.

“Kita sedang meneliti aspek undang-undang ke atas Kia Soong dan saya juga sudah menyerahkan buku ini kepada semua pegawai kanan Kementerian Pertahanan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelepasan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di sini hari ini.



Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai bentuk tindakan yang akan diambil ke atas Kia Soong selepas seorang penulis blog, Zakhir Mohd. melaporkan, bekas wakil rakyat DAP tersebut menipu, berhubung nota kaki yang dinyatakan dalam bukunya itu.

Menurut Zakhir, tindakan Pengarah Suaram itu menyatakan nota kaki palsu menimbulkan persoalan, sama ada beliau melakukan pengkhianatan terhadap negara dengan mengemukakan fakta salah selain melancarkan buku tersebut di London.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...