بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Rabu, Januari 05, 2011

Khalid Jangan Malukan Sultan

Kerajaan PKR Selangor meroyan dan hilang pertimbangan semata-mata kerana tidak setuju dengan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.

MB Selangor, Tan Sri ABdul Khalid Ibrahim gagap begitu terdesak sehingga sanggup berbohong dan memutarbelit keadaan.  Khalid juga dengan kurang ajarnya cuba untuk mengajak Sultan berbincang untuk memilih calon lain sedangkan Sultan telah pun memberi kata putus.

Sikap PKR Selangor mengenai perkara ini sememangnya keterlaluan sehingga menimbulkan syak wasangka mengenai sebab musabab sebenar penentangan hebat terhadap pelantikan Mohd Khusrin.

Kedegilan kerajaan PKR Selangor dan kesungguhan mereka menolak Mohd Khusrin benar-benar membingungkan.
Tindakan mereka menyerlahkan ketidakmatangan dan ketidaklayakan untuk menerajui negeri. Sebagai kerajaan negeri mereka seharusnya bijak menangani isu yang berkaitan Sultan yang merupakan ketua negeri.

Terlalu geram dan marahnya PKR atas pelantikan ini sehinggakan ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafiei sanggup mengeluarkan sindiran terhadap Sultan Selangor sebagai ‘beraja di mata bersultan di hati’.
Sedarkah Shuhaimi, Khalid dan PKR bahawa individu yang dirujuk mereka itu sememangnya seorang Raja, seorang Sultan?   Sultan punya hak dan kuasa untuk meluiluskan pelantikan SUK Negeri. Tetapi PKR tiada hak untuk menentang apatah lagi menyindir Sultan.

Apakah pemimpin-pemimpin PKR ini lupa diri dan merasakan diri merekalah Raja dan Sultan di negeri Selangor ini?

Sedarkah mereka bahawa walaupun mereka adalah pemimpin tetapi mereka tetap bertaraf rakyat Selangor dan warga Malaysia yang tertakluk kepada undang-undang negeri dan Negara yang mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan?

Bukan kita ingin menghasut Tuanku, tetapi sewajarnya Shuhaimi ini dibuang negeri sahaja dan diharamkan dari memijak negeri Selangor. Rakyat yang tidak menerima kedudukan Sultan dan sistem Raja Berpelembagaan tidak harus dan tidak perlu terus menjunjung langit Malaysia. Carilah Negara lain yang sesuai dengan jiwa dan raga mereka.  Sesungguhnya dunia ini luas untuk diteroka.

Rakyat Negara ini bertuah kerana Raja-raja Melayu adalah raja yang adil dan saksama, bijaksana, bertimbang rasa, prihatin dan mulia. Jarang sekali Raja-raja Melayu menunjuk kuasa menghukum sesiapa yang durhaka dan durjana. Mungkin kerana itulah, hanya kerana tidak mendapat apa yang dicita maka ada pula rakyat yang ingin mencabar duli yang mulia.  

Sudahlah kepala Melayu dipijak DAP, kini PKR ingin memijak kepala Raja-raja Melayu pula?  Kenapa begitu jauh sekali pembangkang berpolitik sehingga lupa diri, lupa keturunan dan lupa daratan?
Hakikatnya, tanah Selangor ini adalah di bawah bidang kuasa Sultan.  Rakyat Selangor juga adalah di bawah naungan Sultan.  Justeru,,adalah hak Sultan untuk menerima, menentang atau melantik sesiapa yang dirasakan sesuai untuk menjadi mata dan telinga baginda di dalam kerajaan demi memastikan kesejahteraan rakyat dan negeri.  

Sepatutnya, Khalid sebagai MB dan PKR sebagai parti yang memerintah merasa bangga dengan Sultan yang jelas prihatin dan tidak lepas tangan dalam soal pentadbiran negeri.

PKR patut malu, insaf dan faham akan di mana kedudukannya dan di mana pula kedudukan Raja-raja Melayu.  

Walaupun PKR telah durhaka, namun Sultan tidak pula menunjukkan murka. Sebaliknya hanya membuat kenyataan balas bagi menjelaskan kedudukan yang sebenar.

Betapa mulianya budi Tuanku dalam hal ini. Semoga kerajaan PKR Selangor yang kurang bertamadun itu mampu menghargai budi Tuanku kali ini.

Pesan kita pada Khalid dan pemimpin PKR, anda bukan Raja dan bukan Sultan. Anda adalah rakyat Selangor bukannya datang dari Tong San. Anda rakyat Malaysia, negara yang pesat membangun dan bertamadun. Anda adalah bangsa Melayu Islam yang beradat, beradab dan bersantun. Oleh itu, anda harus lebih tahu untuk tidak sekali-kali cuba memalukan Sultan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...