بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Isnin, Januari 03, 2011

PERKASA Selangor sokong perlantikan SUK negeri Selangor -ABY

PERKASA Selangor menyokong penuh perlantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK negeri Selangor dan ia nya tidak perlu di pertikaikan kerana beliau berkelayakan serta mendapat perkenan daripada Tuanku Sultan, Yang penting kita beri dia peluang dan bantu beliau untuk mengurus jawatan tersebut. Mana mana pemimpin parti politik tidak perlu bimbang dengan pelantikkan tersebut, yang penting sesiapa saja yang menjawat jawatan tersebut mesti menjalankan tugas dengan amanah dan jujur.
Kenyataan pesanan rengkas yang dikirimkan kepada pribumiperkasa.com oleh Sdr Abu Bakar Yahya selaku Ahli Dewan Tertinggi dan juga Pengerusi PERKASA Daerah Kelang, Berikutan dengan kekalutan yang melanda pentadbiran Negeri Selangor didalam isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
Isu pemilihan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor timbul apabila Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan Isnin lalu mengumumkan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi bagi menggantikan Datuk Ramli Mahmud, 56, yang menamatkan perkhidmatan pada 31 Disember ini.
“Janganlah terlalu di politikan sangat pentadbiran negeri Selangor ini nanti rakyat yang sengsara. rakyat biasa menerima sesiapa saja yang di pilih atau di lantik asalkan dapat mengurus dan mentadbir kerajaan negeri dengan baik serta rakyat mendapat nikmatnya.”
Menurut Sdr Abu Bakar lagi, PERKASA sentiasa memerhatikan tindakan mana mana pemimpin tidak kira daripada bangsa apa atau parti mana sekalipun jika kepentingan peribadi dan kumpulan tertentu di utamakan dan rakyat di pergunakan PERKASA tidak akan teragak agak untuk tidak menyokongnya dalam PRU akan datang lebih lebih lagi jika tidak menghormati Islam dan mencabar Kesultanan serta mempertikaikan ketuanan Melayu.
Pesanan akhir beliau berbunyi ” jika ada mana mana individu yang tidak selesa Bersultankan DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Silalah berhijerah keluar dari negeri Selangor dan segenab jajahan takloknya.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...