بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Selasa, Januari 04, 2011

Kalau tak membohong bukan Pakatan Rakyat lah namanya!


Dah tak boleh nak pusing, akhirnya Khalid Ibrahim membebel tentang persidangan khas DUN Selangor untuk mengembalikan kuasa Paduka Sultan Selangor, bagi membolehkan baginda diberikan kuasa untuk memilih Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru. Pada masa yang sama, kuasa itu juga akan diberikan kepada Menteri Besar Selangor.
Apa punya TEMBERANGLAH dengan kenyataan sebegini? Kenapa Khalid Ibrahim takut sangat nak buat kenyataan bahawa DIA YANG SEBENARNYA ingin kuasa, bukannya mengembalikan kuasa Sultan? Kenapa pula nak berselindung di belakang istana bagi merealisasikan kehendak dan keinginannya?
Nyata benar PKR dan Pakatan Rakyat Selangor menggunakan isu SUK untuk menunjukkan kecenderungan dan cita-cita mereka yang sebenar. KONON-KONONNYA apabila bercerita yang mereka hendak mengembalikan kuasa Sultan, maka UMNO akan terkulailah. Namun Khalid Ibrahim dan PKR-DAP tidak mampu langsung menyembunyikan keserakahan mereka terutama dengan kenyataan bahawa kuasa memilih SUK juga akan diberikan kepada Menteri Besar menerusi pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor yang baru.

Belum lagi berkuasa sepenuhnya di negara ini, baru sekadar menguasai beberapa buah negeri dan PKR pula sekadar berkuasa di Selangor dengan bayang-bayang dan tali boneka yang dimainkan oleh DAP, mereka sudah pun ingin membuktikan kesungguhan untuk menghapuskan institusi kesultanan Melayu dan menggantikan dengan apa yang mereka gelarkan sebagai KETUANAN RAKYAT.
Memberi kuasa kepada sultan tetapi pada masa yang sama, memberikan kuasa kepada Menteri Besar, bermaksud kuasa Sultan dan kuasa Menteri Besar sebenarnya tidak jauh berbeza. Dengan kata lain, baginda Sultan tidak akan ada suara langsung kerana peranan baginda akan dirampas oleh Menteri Besar sepenuhnya kerana TARAF MEREKA SUDAH SETARA. Malah lebih daripada itu, kuasa eksekutif akan dinikmati oleh Menteri Besar Selangor, sekaligus menjadikan dialah sebagai ketua pemerintah sebenar di Selangor dengan Paduka Sultan Selangor akan menjadi gabenor yang tidak ada kuasa apa-apa seperti Sultan-Sultan di Jawa, Banjar, Sumatera, Maluku dan Riau.
Apatah lagi Sultan tidak disokong pula dengan suara barisan Exco dan wakil-wakil rakyat yang menjadi sebahagian daripada perundangan negeri, menjadikan suara dan kuasa Sultan sangat kecil atau lebih tepat lagi sebagai minoriti.
Ini adalah taktik yang serupa dilakukan apabila British meletakkan J.W.W Birch sebagai ‘PENASIHAT’ kepada Seri Sultan Perak pada tahun 1876. Biarpun sekadar PENASIHAT tetapi sebenarnya kuasa J.W.W Birch jauh lebih besar apabila berjaya memporak-perandakan institusi Sultan Melayu di negeri tersebut menerusi campurtangan secara langsungnya dalam adat istiadat serta pentadbiran agama.
Nizar Jamaluddin sudah mencuba kaedah ini di Perak tetapi Seri Sultan Perak yang mahir dalam bidang perundangan berjaya menahan keserakahan boneka Ngah-Ngeh itu. Dan sekarang, Paduka Sultan Selangor pula sedang dicuba oleh DAP menerusi kemelut SUK yang sengaja diada-adakan dan dimomok-momokkan.
Seandainya amendment yang hendak dicuba oleh PKR-DAP di Selangor berjaya, maka Paduka Sultan Selangor akan hanya bertaraf gabenor seperti di Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak. Peranan Paduka Sultan Selangor hanyalah sekadar protokol yang ada pun tak mengapa, tak ada lagi baik.
Temberang PKR-DAP ini sangat merbahaya. Ia bukan sahaja merbahaya kepada umat Melayu Selangor, tetapi juga kepada keseluruhan rakyat Malaysia kerana sudah ada suara-suara yang membangkitkan rasa tidak puas hati berhubung kewujudan institusi diraja Melayu seperti yang dilakukan oleh ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafie.
Maka bayangkanlah temberang apa lagi yang akan Pakatan ini akan lakukan apabila usaha mereka untuk meminda peruntukan menerusi suara majoriti tidak tercapai? Pastinya, taktik biasa iaitu menggunakan orang ramai dan melakukan kekecohan bagi mewujudkan ketidakstabilan di Selangor!!!!
Kemelut SUK sekadar satu lakonan PKR-DAP untuk menghapuskan Melayu dan institusi yang berkaitan dengan Melayu termasuklah agama Islam sebagai agama rasmi dan anutan ummat!!!!
Penulis: Anon00 Untuk Perak Today

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...