بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Khamis, Januari 06, 2011

Siapa Itu Khusrin?

c
Kemelut pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang kian meruncing membuat saya terpanggil memberi pandangan mengenai perkara itu. Jawatan SUK, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri adalah antara pelbagai jawatan yang terdapat dalam pentadbiran sesebuah negeri.

Sebagai penjawat awam, seseorang pegawai adalah bersikap profesional dan berkecuali serta tidak mengambil bahagian dalam politik tetapi adalah patuh dan setia kepada government of the day.

Datuk Mohammed Khusrin Munawi telah saya kenali sejak berkhidmat di Selangor pada tahun 1992. Sepanjang tempoh perkhidmatan, Datuk Khusrin mempunyai pengalaman berkhidmat di pelbagai peringkat di Negeri Selangor seperti di pejabat daerah, pejabat majlis daerah, majlis perbandaran dan jabatan negeri.
Antara sifat-sifat beliau adalah seorang pegawai yang berdedikasi, workaholic (kuat kerja), mengamalkan sistem FILO (First In Last Out - datang awal ke pejabat dan balik lewat ke rumah), tegas, menjalankan tugasan penguatkuasaan tanpa memilih darjat. Ringkasnya Datuk Khusrin adalah seorang pegawai yang menjadi ‘aset utama’ kepada kerajaan Selangor.

Negeri Selangor telah diisytiharkan sebagai negeri maju pada tahun 2005, iaitu 15 tahun lebih awal daripada hasrat Kerajaan Persekutuan untuk menjadi negara maju pada 2020.

Untuk menjadi sebuah negeri maju, bukanlah mudah. Gandingan mantap antara ahli-ahli politik dan penjawat awam amat penting bagi memastikan pencapaiannya.
Oleh itu, gandingan 2K (Khalid dan Khusrin) merupakan satu gandingan mantap; Menteri Besar mempunyai ketokohan dan pengalaman dalam bidang korporat manakala Setiausaha Kerajaan Negeri sekarang mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran awam.

Apabila digandingkan ia akan menjadi satu pasukan yang kuat untuk memastikan Selangor akan terus maju pada masa akan datang dan faedahnya akan dapat dinikmati oleh rakyat.

Kesediaan Datuk Khusrin untuk bekerjasama dengan MB Selangor dan Exco mencerminkan keikhlasan beliau untuk meneruskan tugasnya. Adalah menjadi satu kerugian besar kepada kerajaan Selangor jika Datuk Khusrin tidak dapat menjalankan tugas seperti mana ditetapkan. - Utusan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...