بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Isnin, Januari 03, 2011

Masjid Dicemari Khalid 'Gereja'

Semalam, saya dan jemaah di Masjid Bukit Jelutong, Shah Alam menunaikan solat Jumaat dalam keadaan tidak selesa, gara-gara masjid dicemari dengan tindakan ahli politik yang rakus mencari publisiti murahan.

Kira-kira 15 minit sebelum khutbah Jumaat bermula, YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam bangun dan mengumumkan beliau akan menyampaikan tazkirah mengenai isu Hijrah. Dalam tazkirahnya itu, Khalid Samad mengandaikan bahawa para jemaah tidak faham erti Hijrah yang sebenarnya, justeru menjadi tanggungjawab beliau untuk menjelaskannya.

Soalannya kenapa pihak masjid terus membenarkan seorang yang tidak bertauliah seperti Khalid berceramah, sedangkan ada arahan yang jelas daripada Sultan Selangor agar masjid tidak dipolitikkan? Untuk makluman, ini bukan kali pertama masjid tersebut membenarkan ahli politik berceramah di situ.

Ternyata topik yang dipilih Khalid itu bertujuan membela dan memberi justifikasi kepada tindakan ahli politik DAP Teo Nie Ching yang juga Ahli Parlimen Serdang bersenamrobik di perkarangan sebuah masjid di Balakong.

Ini dapat dilihat apabila Khalid amat menitik-beratkan aspek kita sebagai orang Islam mesti menghormati orang bukan Islam. Bukankah di Selangor ini, orang Melayu teramat menjaga hati dan menghormati orang bukan Islam terutama orang-orang DAP? Bukankah sejak 2008, orang Islam di Selangor sentiasa disuruh bersabar dan memberi laluan kepada orang bukan Islam di situ? Nak macam mana lagi YB?

Kepada pihak pengurusan masjid, tolonglah jangan jadikan kami para jemaah ini sebagai lembu yang dicucuk hidung. Kami datang ke masjid untuk beribadat dan menghambakan diri kepada Allah SWT, bukannya untuk dipaksa mendengar ceramah ahli politik yang amat memualkan. - Utusan Malaysia
Oleh Cucu Tok Mahmud

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...