بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Ahad, Januari 02, 2011

GEMPAR! TERESA KOK CUBA MENCETUSKAN KEKECOHAN AGAMA!

Dengan mengharapkan kaum Kristian akan berdendam dan membenci Perdana Menteri Malaysia serta kakitangan Perdana Menteri, Teresa Kok menggunakan artikel yang disiarkan oleh Malaysian Insider dan menyiarkannya semula di laman blog sendiri. (BLOG TERESA KOK)

Gambaran yang diberikan oleh Teresa Kok ialah orang Melayu sangat takut dengan sebarang lambang atau upacara Kristian. Orang Melayu sentiasa terancam dengan aktiviti Kristian di kalangan mereka sendiri. Bahkan orang Melayu sangat fobia dengan umat Kristian meskipun di lingkungan gereja.

Takut sangatlah orang Melayu dengan Kristian sehingga bercambah-cambah gereja Kristian di negara ini. Takut sangatlah orang Melayu sehinggakan ada kalangan orang Melayu yang murtad dari Islam untuk menjadi penganut Kristian. Malah takut sangatlah orang Melayu sehingga segala program hiburan semuanya mempunyai sentuhan Kristian.
Sedangkan apa yang berlaku di negara ini, orang Melayu tidak peduli pun dengan Kristian selagimana umat Kristian mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Bukan sedikit bilangan Bumiputera yang memeluk agama Kristian. Orang Melayu semenjak zaman berzaman tidak pernah mengenakan paksaan ke atas orang bukan Islam untuk memeluk Islam sebagai pra-syarat kepada kerakyatan yang dikurnikan kepada mereka. Bahkan agama Islam sendiri melarang pemaksaan ke atas umat bukan Islam untuk memeluk Islam.

Cuma apabila telah memeluk Islam, maka mereka perlu mematuhi undang-undang Islam termasuklah isu murtad. Islam tidak seperti sesetengah mazhab Kristian yang membenarkan dua agama dalam satu. Dengan kata lain, apabila seorang Cina bukan Islam memeluk Islam, mereka dilarang sama sekali menyembah nenek moyang atau mengadakan upacara-upacara menyembah mayat.

Teresa Kok perlu menjawab sendiri, siapa sebenarnya yang sangat fobia? Bukankah dia pernah mengusulkan agar azan Subuh diperlahankan atau dikumandangkan di dalam masjid sahaja? Bukankah Teresa Kok juga yang tidak senang dengan tulisan jawi sebagai penanda jalan sebaliknya mahu tiga tulisan iaitu tulisan rumi Bahasa Melayu, tulisan Mandarin dan tulisan Tamil diwujudkan pada papan tanda jalan?

Siapa sebenarnya yang sangat takut apabila diketahui ada pemimpin Melayu yang berlainan ideologi sedang mengadakan pertemuan sehingga perlu menghasut Melayu-Melayu yang menjilat dan mengira setiap helai bulunya agar segera bersuara untuk menentang pertemuan dan kemungkinan berlakunya perpaduan di kalangan Melayu?

Dengan modal Kristian, manusia jenis Teresa Kok cuba melakukan penghasutan konon-kononnya atas dasar toleransi.... tidak cukupkah toleransi Melayu di negara ini sehingga kepala mereka boleh dipijak-pijak dan kebijaksanaan mereka diseliparjepunkan oleh golongan seperti Teresa Kok?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...