بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Isnin, Januari 03, 2011

Kontroversi Lagi: Media Pro-Umno Suka Menangguk dan Menyampuk.

"Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk surau?
Sama ada orang bukan Muslim boleh masuk perkarangan masjid?
Sama ada orang bukan Muslim boleh baca Quran?
Sama ada orang bukan Muslim boleh guna Kalimah Allah?"

Anggota parlimen Serdang Teo Nie Ching yang dihurung kontroversi terbaru berhubung isu pakaiannya di perkarangan sebuah masjid di Cheras, hari ini meminta satu senarai pantang larang disediakan berhubung perkara itu. ( baca di sini.... ) youth convension 111210 teo nie ching

Bekas PM dan Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), TunAbdullah Ahmad Badawi berkata setiap individu dinasihatkan supaya lebih sensitif ketika menjalankan sebarang aktiviti melibatkan agama dan harus berfikir sebelum melaksanakan aktiviti yang boleh menggugat keharmonian negara. ( sila baca selanjutnya.....)
"Tolong beri perhatian kepada perkara sensitif yang menimbulkan keadaan tidak baik. Ambil berat sedikit dengan apa yang nak dilakukan," katanya.

Manakala Menteri Besar Kelantan pula menyatakan bahawa tidak menjadi masalah untuk melakukan kegiatan di luar atau dalam masjid sama ada oleh orang Islam atau bukan Islam.

"Adalah tidak salah dalam Islam pihak tertentu mengadakan kegiatan dalam rumah ibadah orang Islam, kerana zaman Nabi Muhammad s.a.w dahulupun, ada orang kafir masuk (kawasan) masjid kerana ia menjadi pusat segala kegiatan termasuk politik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, di Kota Bharu hari ini.(sila baca...)

TPM: Akhbar Utusan Meloya bikin geger lagi. Puncanya acara senamrobik yang ikut disertai AP Serdang Teo Nie Ching (DAP) menjadi kontroversi terbaru berhubung isu pakaiannya di perkarangan sebuah masjid di Cheras. Teo kini meminta DS Najib dan pemimpin-pemimpin Umno yang lain menjawab soalan-soalannya di atas. Atau mungkin pemimpin-pemimpin MCA, GERAKAN ataupun MIC boleh mengeluarkan satu senarai 'OK Tak OK' untuk semua warga bukan Muslim negara ini.

Kata Teo: "Sudah banyak kali saya lihat orang bukan Islam menghadiri majlis hari raya Aidilfitri di perkarangan masjid. Jadi, apa kesalahan saya untuk menghadiri majlis-majlis yang dianjurkan di perkarangan surau ataupun masjid apabila dijemput?"
"Adakah saya salah kerana saya memang telah melanggar ajaran Islam? Ataupun sebab saya seorang ahli politikDAP?" soalnya. Saya tidak akan ikut adat yang ditetapkan oleh Utusan Malaysia ataupun Umno kerana saya percayaUtusan Malaysia tidak layak untuk memberi ajaran agama Islam," kata anggota parlimen muda itu.
Akhbar arus perdana milik UBN itu akan mencari, mewar-warkan apa saja isu-isu yang boleh memecahkan minyak. Pihaknya tidak akan terasa apa-apa dengan kebejatan yang ada pada akhbar itu sendiri. Konon isu YB Teo itu dipaparkan demi mempertahankan 'keislaman' akhbar itu sendiri; sedangkan ia juga memuat dan melayan keputusan JUDI dan menghidangkan pelbagai corak berita, cerita dan foto hiburan yang menjolok mata. 


Sudah banyak kali pihak akhbar Utusan telah disaman akibat menyiarkan berita tidak sahih atau cerita kontroversi yang sengaja diada-adakan sehingga menjadi fitnah atau gosip liar. Memang benar cerita dan berita di dada-dada akhbar amat besar pengaruh sosial dan politiknya; namun sekiranya cerita atau berita itu acap benar bohong dustanya maka para pembaca akan beralih selera dan keyakinan mereka. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...