بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Jumaat, Januari 07, 2011

SKANDAL SEX 18SX : SAMAN MALU MEREKA SAMPAI MELUTUT DALAM PENJARA!!


DS Rais Yatim telah bersuara menafikan elegasi merogol pembantu rumah beliau pada tahun 2007. Beberapa bloggers telah mendapatkan perincian tentang fitnah yang dilontarkan terhadap Rais Yatim. 


Dan merujuk kepada kenyataan blogger Cucu Tok Selampitpengakuan Rais Yatim mempunyai asas yang kukuh serta mudah difahami. 

Sekarang, 
perkara yang dimain-mainkan oleh pihak pembangkang ialah pihak berkuasa tidak bertindak mengadakan siasatan terhadap elagasi tersebut. 


Penulis tidak pasti mereka itu tidak faham atau sengaja mendungukan otak mereka! Jika tidak ada sesiapa yang membuat laporan polis atau pun yang 'tertuduh' tidak tampil ke hadapan, maka siasatan tidak dijalankan. Tambahan pula, Rais Yatim dengan secara terbuka telah mencabar mana-mana pihak untuk mendakwa beliau jika mereka ada buktinya.

Tetapi dalam masa yang sama, penulis telah mencadangkan di dalam artikel sebelum ini supaya Rais Yatim menyaman pihak-pihak yang mencipta fitnah terhadap diri beliau. Fitnah tersebut sungguh buruk dan memualkan! KLIK SINI

Jangan biarkan mereka itu terlepas dari perbuatan terkutuk mereka itu. Saman sampai mereka melutut di dalam penjara !!

Sila ikuti artikel Cucu Tok Selampit . Di antaranya :-

Berikut adalah antara fakta-fakta yang terkandung di dalam perbualan kami para bloggers dan pasangan DS:
  • Tomahan yang dilemparkan di dalam laman-laman blog dan media-media elektronik bukan merupakan fitnah yang baru. Fitnah ini telah bermula sejak tahun 2007 sewaktu orang gaji berkenaan, Robegah berhenti kerja dari menjadi orang gaji DS sekeluarga dengan alasan untuk memberikan perhatian kepada keluarganya. Tambahan lagi, anak-anaknya sudah berhenti sekolah dan beliau mampu membina rumah sendiri di Indonesia hasil dari pekerjaannya sebagai pembantu rumah DS Rais selama 10 tahun.


    • DS Dr Rais semalam telahpun menafikan sekeras-kerasnya perkara ini dan meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci untuk membersihkan nama baiknya sebagai seorang Menteri yang telah 46 tahun berjuang untuk UMNO dan telah berkhidmat dengan 6 Perdana Menteri.

    • Robegah, 46 tahun, bukalah merupakan satu-satunya orang gaji di dalam rumah berkenaan. DS Rais mempunyai 4 orang gaji termasuk Robengah yang tinggal satu bilik. Agak mengelikan hati sekiranya perkosaan itu dilakukan di dalam rumah berkenaan. Seperti yang diperkatakan tadi Robengah telah bekerja dengan DS Rais selama 10 tahun. Alhamdulillah, terdapat seorang lagi orang gaji yang telah bekerja bersama-sama dengan Robengah sejak dulu dan beliau masih lagi bekerja dengan DS Rais sehingga kini. Kami akan cuba mendapatkan temubual ekslusif dengan orang gaji berkenaan yang turut kecewa dengan dakwaan Robengah.

    • Gambar perempuan cantik yang didakwa Robengah oleh blog Sabahkini merupakan gambar palsu yang sengaja diada-adakan untuk menguatkan dakwaan fitnah berkenaan. Kami akan mendapatkan gambar terakhir Robengah sebelum berhenti kerja untuk dijadikan bukti pembohongan yang dilakukan untuk menjatuhkan DS Rais - SETERUSNYA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...