بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Ahad, Januari 02, 2011

PAS batalkan solat hajat dan diganti dengan konsert hiburan sempena malam tahun baru.

Biasanya ada pantang larang didalam PAS yang berkaitan sambutan Tahun Baru. Tapi kini PAS di negeri Kelantan sudah pandai menyambutnya dengan mengadakan konsert hiburan bagi menggantikan solat hajat seperti tahun-tahun sebelumnya.

Apakah ini semua kerana tuntutan zaman dah berubah? Nampaknya Pas pun sudah pandai adakan konsert tahun baru. PAS Kelantan dibawah pentadbiran Nik Aziz telah mula meniru seperti yang dilakukan oleh negeri-negeri 'mat saleh' dan juga kerajaan BN. 

Walaupun begitu, mereka-mereka yang berserban serta berjubah labuh didalam PAS Kelantan masih lagi mahu menafikan perubahan liberal mereka. Alasannya kata mereka, ini konsert lagu-lagu dakwah yang akan disampaikan oleh Wali band.
Selain itu, pihak kerajaan negeri Kelantan juga berkata, persembahan itu merupakan satu lagi usaha untuk memberi peluang kepada orang ramai membantu mangsa kezaliman Yahudi di bumi Palestin. Apakah sudah habis rakyat miskin di Kelantan yang patut dibantu?

Saya tak mahu mempertikaikan hak kerajaan PAS negeri Kelantan untuk buat konsert atau apapun di negeri yang dibawah tadbir mereka. Tapi, saya lihat PAS semakin menyamai gaya kerajaan BN yang mereka kutuk selama ini. PAS ternyata tak dapat membendung trend global yang pentingkan hiburan semata-mata.

Kalau diberi alasan bagi membantu rakyat Palestin dengan mengutip derma sekalipun, mengapa dibuat pada malam sambutan Tahun Baru? Tiada lagikah tarikh lain yang boleh diadakan kutipan derma?

Mana suara-suara ulamak-ulamak PAS yang sering menghentam konsert yang diluluskan oleh kerajaan BN? Takkan semua akur dengan kehendak nafsu duniawi melalui godaan Wali Band dari seberang ini?

Jika solat hajat pun sudah diganti dengan konsert hiburan di malam tahun baru, apa lagi yang PAS boleh banggakan dengan perjuangan Islam mereka?

Nota - Selamat Tahun Baru buat semua rakan-rakan pembaca dari saya di Pusaka Ayahnda. Semoga tahun 2011 memberi lebih rahmat dan berkat buat kita semua dari Allah swt.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...